Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.sa.ran] | ڤمبسرن

Definisi : 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.sa.ran] | ڤمبسرن

Definisi : hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembesaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magnificationpembesaranFizikOptiklih. kuasa pembesaran, pembesaran sisi.
enlargementpembesaranMatematikTiadaPenjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, (yang dikenali sebagai pusat pembesaran) manakala titik-titik lain pada satah bergerak dari titik tetap itu mengikut nisbah tertentu. Nisbah pembesaran disebut faktor skala. Ciri-ciri pembesaran ialah: (i) Garis-garis yang menyambungkan pasangan titik yang sepadan pada objek dan imejnya bertemu di pusat pembesaran; (ii) Objek dan imej adalah serupa; (iii) Jika faktor skala > 1, saiz imej adalah lebih besar daripada saiz objek; (iv) Jika faktor skala < 1, saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek; (v) Jika faktor skala = 1, imej ialah objek itu sendiri.
scale factorfaktor skalaMatematikTiadaNisbah pembesaran. Lihat juga pembesaran.
DL law of crystal growthhukum DL pembesaran hablurKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum yang menyatakan bahawa jika hablur membesar di dalam magma yang tepu dan suhu yang sekata menurut persamaan kadar pembesaran hablur, hablur tak varian akan terhasil dan hablur ini akan mempunyai kadar pembesaran yang sekata dan tidak bergantung pada saiz. Secara matematik, hukum ini dijelaskan sebagai DL = G Dt, dengan DL = pembesaran hablur, G = kadar pembesaran hablur, Dt = jangka masa.
crystal growth rate equationpersamaan kadar pembesaran hablurKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang menganggarkan kadar pembesaran hablur yang dijelaskan sebagai hablur terhidrat tak organik : G = k S; hablur organik : G = c eksp (-kS) dengan G = kadar pembesaran hablur, S = pecahan ketepuan lampau, k = pemalar, c = faktor frekuensi penukleusan.
longitudinal magnificationpembesaran membujurFizikOptikPembesaran linear yang diukur secara selari dengan paksi optik.
lateral magnificationpembesaran sisiFizikOptikPembesaran linear yang diukur secara normal dengan paksi optik.
enlargement losshilang pembesaranKejuruteraanTiadaKehilangan tenaga geseran disebabkan pembesaran keratan rentas aliran secara tiba-tiba.
magnificationpembesaranPerubatanTiada1. Proses menjadikan imej sesuatu objek kelihatan lebih besar, misalnya menggunakan kanta.,2. Pembesaran sisi sesuatu imej iaitu nisbah saiz imej terhadap objek sebenar.
gallpuruBiologiPatologiGejala berupa pembesaran organ yang berlebihan kerana berlakunya pembesaran dan sebahagian atau seluruh selnya akibat serangan patogen, seperti nematod dan bakteria. lih. sesidium.
12345678910...

Kembali ke atas