Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bia.kan]/[pem.bia/.kan] | ڤمبياقن

Definisi : perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bia.kan]/[pem.bia/.kan] | ڤمبياقن

Definisi : perbuatan, hal dsb membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBIAKAN MANUSIA UMUM 
PEMBIAKAN UMUM 
PEMBIAKAN TUMBUHAN

Konsep

PERTANIANKonsep
PEMBIAKAN TAMPANGKaedah pembiakan tumbuhanPERTANIANKonsep
KLON

Klon ialah sekumpulan organisma yang seiras

dari segi genetik. Kebanyakan klon terhasil

daripada pembiakan aseks, proses pembiakan

yang menghasilkan organisma baharu daripada

hanya satu induk (lihat Pembiakan).

UMUM 
PERSENYAWAAN

Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks

jantan dan betina untuk membentuk individu baru.

Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks.

Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks

yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem

pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang

disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil

daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali

sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia

menjadi embrio . Rencana ini membincangkan

persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk

maklumat tentang persenyawaan di kalangan

tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan

membiak).

UMUM 
TIUB FALOPIO

Tiub Falopio , yang juga dinamakan salur ovum

atau salur tiub uterus adalah satu daripada

sepasang organ pembiakan perempuan tempat

telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio

ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma

lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem

pembiakan manusia; gambar).

UMUM 
TESTIKEL

Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa

kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali

juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di

belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali

sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi

utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan

hormon seks lelaki, terutama testosteron .

UMUM 
KONSEPSI

Konsepsi lihat Pembiakan.

UMUM 
ZAKAR

Zakar ialah organ pembiakan luaran pada lelaki.

Pada lelaki dan kebanyakan mamalia jantan, air

kencing dan bendalir pembawa sperma yang

dikenali sebagai semen , keluar melalui zakar.

UMUM 
123

Kembali ke atas