Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bia.kan]/[pem.bia/.kan] | ڤمبياقن

Definisi : perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bia.kan]/[pem.bia/.kan] | ڤمبياقن

Definisi : perbuatan, hal dsb membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reproductive systemsistem pembiakanVeterinarPraklinikalSistem yang terdiri daripada sistem pembiakan jantan dan sistem pembiakan betina. Sistem pembiakan jantan terdiri daripada sepasang testis dalam skrotum; penis dan organ aksesori. Sistem pembiakan betina pula terdiri daripada sepasang ovari; sepasang tiub falopian; uterus; serviks; vagina dan vulva.
propagation materialbahan pembiakanPertanianAgroteknologiBahagian-bahagian tumbuhan yang digunakan untuk pembiakan tanaman. Bahagian-bahagian ini termasuklah biji benih sebagai bahan pembiakan reproduktif, dan keratan, rizom, umbisi, stolon, tunas serta tisu untuk pembiakan vegetatif dan pembiakan mikro. Bahan pembiakan ini mestilah bersih dan dibasmi daripada penyakit sebelum digunakan. Kebanyakan negara mempunyai piawai serta sijil bagi memastikan bahan pembiakan yang digunakan adalah tulen dan bernas untuk melindungi pengguna.
plant propagationpembiakan tanamanPertanianAgroteknologiKaedah membiak tanaman sama ada melalui biji benih atau bahan vegetatif seperti keratan batang, rizom, bebawang dan umbisi. Pembiakan melalui biji benih dipanggil sebagai pembiakan seksual atau reproduktif, dan akan menghasilkan baka yang berlainan daripada baka induknya. Pembiakan selain daripada biji benih pula dipanggil sebagai pembiakan vegetatif dan bakanya adalah sama dengan induknya. Selain itu, pembiakan tanaman boleh juga dilakukan dengan menggunakan tisu kultur seperti akar, batang, daun dan pucuk. Kaedah ini dipanggil sebagai pembiakan mikro.
artificial reproductionpembiakan buatanPertanianAgronomi

Pembiakan yang tidak melalui proses semula jadi untuk membentuk embrio dan biji benih. Pembiakan buatan dalam tumbuhan dilakukan dengan proses kultur tisu yang melibatkan pembiakan sel dalam kultur agar yang kemudiannya diberikan hormon untuk membentuk anak pokok tanpa proses persenyawaan.

plant propagationpembiakan tanamanPertanianAgronomi

Penggandaan bilangan tanaman daripada satu induk. Pembiakan tanaman boleh dilakukan secara seksual atau aseks. Pembiakan seksual melibatkan penghasilan biji benih, manakala pembiakan aseks atau vegetatif pula melibatkan tut, keratan, cantuman tunas, kultur tisu dan penggunaan sulur.

propagationpembiakanPertanianAgronomi

Proses penggandaan tanaman secara seksual atau vegetatif. Pembiakan seksual adalah melalui biji benih, manakala pembiakan vegetatif pula menggunakan bahagian vegetatif seperti keratan batang, mata tunas, rizom dan stolon. Pembiakan vegetatif juga boleh dilakukan melalui kultur tisu yang menggunakan cebisan kecil organ tanaman. 

artificial reproductionpembiakan buatanPertanianAgroteknologiKaedah pembiakan tanaman dengan menggunakan bahan selain kaedah semula jadi, biasanya melalui biji benih. Pembiakan buatan termasuklah menggunakan keratan batang, kaedah tut dan kaedah cantuman tunas. Akhir-akhir ini, kaedah pembiakan mikro menjadi penting kerana dapat membiakkan tanaman daripada tisu tumbuhan dan tidak memerlukan bahan induk yang banyak. Bahan yang digunakan dalam kultur tisu termasuk secebis daun, batang atau akar.
artificial vegetative propagationpembiakan vegetatif buatanPertanianAgronomi

Kaedah pembiakan tumbuhan yang menggunakan bahagian tumbuhan selain biji benih, seperti bahagian batang, akar, ubi, tunas dan daun. Contohnya, pembiakan ubi kayu (Manihot esculenta) yang menggunakan keratan batang manakala pisang (Musa pardisiaca) menggunakan sulur atau umbisi. Pembiakan vegetatif menghasilkan anak pokok yang sama baka dengan induknya.

asexual reproductionpembiakan aseksBiologiGenetikPembiakan tanpa melibatkan gabungan gamet daripada dua jantina. bd. pembiakan seks.
sexual reproductionpembiakan seksBiologiGenetikPembiakan yang melibatkan pertaupan nukleus gamet haploid hasil meiosis. bd. pembiakan aseks.
12345678910...

Kembali ke atas