Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.nu.han] | ڤمبونوهن

Definisi : perbuatan membunuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.nu.han] | ڤمبونوهن

Definisi : perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ terhadap pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembunuhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ape maksud pembunuhanPembunuhan bermaksud perbuatan membunuh.Makna09.10.2010
Assalamualaikum. Saya inginkan pencerahan berkaitan cara menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Berikut merupakan soalan contoh bagi soalan yang telah saya ajukan. 1. Pihak polis sedang menyiasat kes pembunuhan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jawapan 1. Kes pembunuhan itu sedang disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 2. Kes pembunuhan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh pihak polis. Soalan saya, apakah jawapan yang paling tepat? Adakah unsur keterangan " di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan" boleh diletakkan pada bahagian tengah ayat?Kedua-dua ayat pasif ini betul. Perbezaannya kata sendi nama "oleh" boleh digugurkan dalam ayat pertama, tetapi dalam ayat kedua kata sendi nama "oleh" tidak boleh digugurkan.Tatabahasa27.10.2015
Apakah terjemahan sesuai bagi first degree murder, second degree murder, third degree murder, manslaughter.

Berikut merupakan padanan perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan yang dinyatakan:

1. first degree murder: pembunuhan tahap pertama



2. second degree murder: pembunuhan tahap kedua



3. third degree murder: pembunuhan tahap ketiga



4. manslaughter: pematian orang

Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Makna19.10.2020
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya mendapati bahawa terdapat frasa "pembunuh massal" dalam bahasa Indonesia, sebab itu saya tertanya-tanya sekiranya terdapat frasa yang hampir sama dalam bahasa Melayu, iaitu "pembunuh massa". Contoh konteks ialah: "Pihak polis akan menangkap pembunuh massa itu." Adakah frasa "pembunuh massa" sesuai dalam ayat tersebut? Saya pernah melihat "pembunuh beramai-ramai" digunakan, tetapi saya juga tidak pasti sekiranya ia adalah betul. Diharapkan Tuan/Puan boleh membantu. Terima kasih.Salam Sejahtera. Istilah "pembunuhan massal" dalam bahasa Melayu ialah "pembunuhan beramai-ramai". Umumnya, pembunuhan cara ini dilakukan bukan oleh seorang tetapi secara berkumpulan. Ayat contoh, "Pihak polis akan menangkap mereka yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu".Istilah13.07.2015
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan.Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira.Tatabahasa11.06.2012
salam sejahtera, apakah padanan terjemahan bagi ayat ini "first degree homicide"? Adakah ia boleh diterjemahkan sebagai pembunuhan kelas pertama?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "first degree homicide" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "homicide" yang padanan bahasa Melayunya ialah homisid. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah homisid darjah pertama.Istilah03.05.2013
Bagaimana mengenali 18 pola keselarasan vokal dalam cerpen? Adakah ia diambil dalam kata dasar sahaja atau boleh diambil dalam perkataan yang mempunyai imbuhan? Sebagai contohnya, u-u = bunuh (kata dasar) atau pembunuhan (bersama imubuhan). Walaupun perkataan yang mempunyai imbuhan boleh dikira sebagai pola keselarasan vokal? terima kasihPola keselarasan vokal boleh ditemukan dalam kata dasar dua suku kata atau dua suku kata terakhir. Berdasarkan contoh yang saudara berikan pola keselarasan vokal boleh dilihat dalam perkataan bunuh dan imbuh. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa20.02.2013
Apakah beza penyiasatan dan siasatan? Boleh berikan contoh ayat? Mana satu betul, badan siasatan atau badan penyiasatan?

Penyiasatan bermaksud perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan. Siasatan pula bermaksud  hasil daripada menyiasat, kajian, siasat, perihal menyiasat (menyelidik). Contoh ayat: 1. Siasatan ini dijalankan dengan bertanya kepada beberapa orang   yang tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu. 2. Pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan penyiasatan tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yang hendak meminjam. Frasa yang betul ialah badan penyiasatan.

 

Tatabahasa18.07.2021

Kembali ke atas