Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.ru.an] | ڤمبوروان

Definisi : perihal (perbuatan dsb) memburu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.ru.an] | ڤمبوروان

Definisi : perbuatan atau hal memburu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemburuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, perkataan yang sesuai dalam ayat berikut, "Pemburuan/ Perburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera." Pemburuan atau perburuan? Apakah perbezaannya? Terima kasih.Untuk mencari perbezaan makna dan penggunaan kata pemburuan dan perburuan, lihat kata dasar kedua-dua kata itu. Pemburuan daripada memburu dan membawa maksud perihal mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu, manakala perburuan daripada kata berburu yang bermaksud perihal mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar. Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang paling tepat ialah Pemburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera.Makna25.03.2015
salam, ingin bertanya food hunting sudah ada atau tak istilah dalam bahasa melayu. kalau sudah apa ya istilahnyaPadanan bahasa Melayu bagi istilah food hunting ialah pemburuan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.03.2023

Kembali ke atas