Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.men.ta.san] | ڤمنتسن

Definisi : perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.men.ta.san] | ڤمنتسن

Definisi : perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin menayakan tentang bagaimana mahu memulakan sesuatu drama?? dan apakah perlu saya buat apabila drama sekolah tersebut gagal??Untuk memulakan pengarahan sesuatu drama atau pementasan, amat perlu terlebih dahulu mengenalpasti skrip yang sesuai dan bermutu. Berdasarkan kepada skrip tersebut (setelah dianalisis), baharulah boleh mencari pelakon. Walaupun demikian, teks (skrip) dengan pengarahan adalah dua perkara yang berbeza. Andai skrip memerlukan 10 orang pelakon, seseorang pengarah yang bijak dan kreatif  boleh menjadikan hanya empat (4) orang pelakon sahaja. Dalam hal ini, kegagalan sesuatu pementasan sering dikaitkan dengan kegagalan pengarah memindahkan inti cerita teks kepada bentuk gerak dan lakonan yang bermutu. Sekian.Lain-lain16.02.2009
Nazima Zainal Sep 13th, 6:04am Assalammualaikum Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Boleh saya tumpang bertanya Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Berapa harga tiket kanak2 utk pementasan cerita laba yg bijak Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Laba sang bijaksana Nazima Zainal Sep 13th, 6:06am Bole saya beli onlineDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 13th, 12:29pm Tiket adalah percuma! PEMENTASAN 18 September 2014 (Khamis) Pukul 3.00 petang 19 September 2014 (Jumaat) 8.30 malam MAKLUMAT LANJUT Sila hubungi Puan Filzah Ibrahim 03-2147 9204/016-671 9072 atau Puan Zabidah Yahya 03-2147 9207 atau Encik Syed Rosli 03-2147 9209Lain-lain13.09.2014
Atiey Ibrahim Aug 28th, 11:15pm Slm maaf bertanya, adakah dbp menyimpan rakaman pementasan festival komsas & pertandingan forum remaja dalam bentuk DVD? kalau ada boleh dijadikan BBM untuk KOMSAS pelajar SPM.. terima kasihSila hantarkan permohonan rasmi anda kepada Ketua Bahagian Multimedia DBP, Aras 12, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain29.08.2014
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI.Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut.Lain-lain02.05.2007
Saya ingin ketahui, siapakah yang boleh saya emelkan untuk sebarang peluang kolaborasi diantara DBP dan perkumpulan teater Singapura untuk pementasan teater kami?Kemukakan permohonan tuan berserta kertas cadangan kepada: Pengarah, Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain28.12.2015
Apakah perkataan yang sesuai untuk saya alihbahasakan "Dance Revival" kepada bahasa Malaysia? Bolehkah saya menggunakan perkataan "Penglahiran Semula Tari" atau "Pementasan Semula Tari" ? Saya ingin menggunakan perkataan ini untuk tujuan tesis saya dalam bidang etnokoreologi dengan topik Tarian Tradisional Sabah.Kami mencadangkan padanan terjemahan frasa "Dance Revival" dalam bahasa Melayu ialah "Pembugaran Semula Tarian". Walau bagaimanapun, saudara digalakkan berbincang dengan penyelia tesis saudara untuk mendapatkan padanan yang lebih tepat berdasarkan konteks yang saudara  fahami.   Istilah19.07.2009
Saya pelajar kelas dasar Universiti Fatoni ingin tanya tentang Tatabahasa Wayang Tetimakasih."Wayang" bersinonim atau mempunyai makna yang sama dengan pertunjukan, persembahan, pementasan, filem dll."Istilah07.04.2015
saya pelajar kelas dasar university fatoni ingan tanten tatabahsa wayang tetimakasihPerkataan "wayang" bersinonim atau mempunyai makna yang sama dengan "pertunjukan, persembahan, filem, tayangan ,pementasan, dll."Istilah07.04.2015
Kata kasmat dipadankan dengan kata gadget dalam PRPM, tetapi, tiada takrif diberi. Apakah takrif kasmat?Alat-alat pentas yang dicipta atau direka khas untuk sesebuah pementasan khususnya untuk persembahan bangsawan. Peralatan pentas ini disediakan mengikut babak dan keadaannya. Antara contoh kasmat ialah alat yang berbentuk binatang atau seumpamanya, dan pelakon akan duduk di atasnya sesuai dengan babak atau cerita.  (Rujukan: Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP 2017)Istilah05.04.2018
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ?Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.Lain-lain10.05.2016
12

Kembali ke atas