Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.men.ta.san] | ڤمنتسن

Definisi : perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.men.ta.san] | ڤمنتسن

Definisi : perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semiotics of performancesemiotik pementasanKesenianDrama dan TeaterSistem tanda dan perlambangan yang dapat dilihat dalam sesuatu pementasan dan boleh ditafsirkan maknanya oleh penonton. Semiotik pementasan boleh ditunjukkan melalui pelbagai cara. Contohnya, penggunaan topeng, gerak isyarat, rekaan set, warna dan rekaan kostum.
scene roomruang simpanan latarKesenianDrama dan TeaterStor untuk simpanan latar hiasan pementasan atau set selepas pementasan drama bagi jangka masa yang lama.
house lightlampu panggungKesenianDrama dan TeaterSejenis lampu yang menerangi ruang dalam auditorium. Lampu ini akan disuramkan sebelum pementasan bermula dan digelapkan apabila pementasan berlangsung.
afterpiecekomedi penutupKesenianDrama dan TeaterSejenis komedi padat yang dibina daripada jig dan pantomin selepas sesuatu pementasan teater sebenar. Antara tujuan pertunjukan ini adalah untuk memberikan hiburan ringan selepas pementasan yang lebih berat.
fringe theatreteater pinggiranKesusasteraanTiadaTeater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan.
avant-gardeavant-gardeKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardegarda depanKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardeavant-gardeKesenianDrama dan TeaterPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-gardemerujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-gardejuga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-gardeberasal daripada perkataan Perancis 'vanguard'yang bermaksud ‘barisan hadapan’.
showpementasan;, pertunjukan)MatematikTiadaTiada
showpementasan;, pertunjukan)SejarahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas