Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ha.ti] | ڤمرهاتي

Definisi : 1. orang yg mengikuti per­kembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mer.ha.ti] | ڤمرهاتي

Definisi : 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Salam.boleh tak memberitahu saya ,contoh bina ayat untuk perkataan perkataan tersebut.hati,pemerhatian ,pemerhati,memanggang,menjerang.sekian terima kasih"Pemerhatian: Asal usul penyakit itu diketahui setelah pemerhatian dan percubaan dijalankan. Pemerhati: Pemerhati politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri. Memanggang: ibu sedang memanggang ikan di dapur. Menjerang: Nenek menjerang sup ayam di dapur.Lain-lain26.02.2013
Apakah padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah "online vigilantism"?Tidak ada maklumat tentang frasa online vigilantism dalam pangkalan data kami. Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Jika Kami mencadangkan online vigilantism diterjemahkan kepada kewaspadaan sistem atau kewaspadaan dalam talian, berdasarkan konteks penggunaan ayat tersebut (sila semak konteks penggunaannya).Penyemakan dan penterjemahan26.03.2015
Salam sejahtera Saya ingin mendapatkan padanan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Waste Watcher 2. Waste Watcher Business Support 3. Emitter of CO2 gas 4. Different points of preparation 5. Leftovers and trimmings 6. Waste insights and Waste Trends 7. False transactions 8. High sensitivity 9. Dummy weight to enact waste 10. Spoilage area 11. Choose applicable item/category Untuk pengetahuan puan, ini adalah dalam konteks pembuangan sisa makanan dan tentang mesin yang merekod dan mengira pembuangan sisa makanan. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Waste Watcher": Pemerhati Sisa Buangan

2) "Waste Watcher Business Support": Penyokong Perniagaan Pemerhati Sisa Buangan

3) "Emitter of CO2 gas": Pemancar Gas Karbon Dioksida

4) "Different points of preparation": Pelbagai Jenis Penyediaan

5) "Leftovers and trimmings": Baki dan Reja

6) "Waste insights and Waste Trends": Tinjauan dan Kecenderungan Sisa Buangan

7) "False transactions": Urus Niaga Palsu/Transaksi Palsu

8) "High sensitivity": Kepekaan Tinggi

9) "Dummy weight to enact waste": Berat Palsu untuk Menghasilkan Sisa Buangan 

10) "Spoilage area": Kawasan Perosak

11) "Choose applicable item/category": Pilih Kategori/Barangan Boleh Guna


Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah16.07.2021
Assalamualaikum. Mohon bantuan tuan untuk mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'viewer'. Dalam konteks ini, 'viewer' ialah orang yang melihat dokumen. Contoh ayat: Viewers are not allowed to edit documents. Terjemahan biasa bagi 'viewer' ialah penonton tetapi saya berpendapat kurang sesuai untuk konteks ini. Mohon bantuan tuan. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah pembaca, pemerhati atau pengulas selain penonton mengikut konteks bahan.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2019
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara?

Salam sejahtera.  Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah :

a.  MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang  mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada  tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.  Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini.  c. Majlis Bahasa  Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah  sebuah majlis  yang  ditubuhkan  untuk  merancang  dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini  yang dianggotai oleh tiga negara,  iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.     Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.   d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. 
Lain-lain09.09.2008
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih.
  1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
          i. perahu (di Melaka);
         ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati;
        iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil.
    Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati.

  2. Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 
Lain-lain26.01.2021
Harus Jujur Aug 14th, 5:44pm Maaf..saya ada soalan..bole saya tahu, adakah bahasa pendidikan melayu di malaysia sama seperti bahasa melayu pendidikan di singapura?..sbb saya ada dpt contoh dari pelajar di malaysia(sepupu) tentang ejaan bahasa melayu yg betul..kerana muskil saya bertanya di lelaman ini..jutaan terima kasih.Sistem bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah sama. Malahan Singapura juga menjadi pemerhati dalam Sidang MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia. Walaupun begitu aspek budaya antara kedua-dua negara tidaklah sama seratus peratus. Hal ini memberikan kesan kepada aspek sosiolinguistik dalam bahasa tersebut.Lain-lain14.08.2015
"vigilantism" perkataan ni pernah jumpa dan pernah dengar, tapi bila search kat DBP ni tak ada pula. Boleh bagi pandangan sama ada perkataan ni betul dan apa maksudnya?Kata ‘vigilantism’ adalah daripada vigilant yang bermaksud sentiasa berjaga-jaga (sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan). Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Sila berikan ayat penuh atau konteks penggunaan kata vigilantism untuk mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu.Makna23.11.2014
Salam sejahtera tuan atau puan di DBP Saya ingin sangat mengetahui apakan peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka ini dan bagaimanakan pihak DBP menjalinkan kerjasama dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain dalam kegitan pemodenan dan perancangan bahasa Melayu ini. Diharapkan agar pihak DBP dapat berkong si serba sedikit tentang peranan DBP dan kerjasama serantau. Sekia

Dalam ruangan yang terhad ini sedikit maklumat yang dapat disampaikan tentang kerjasama kebahasaan serantau dengan negara anggota ASEAN. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Negara Singapura walaupun tidak menjadi ahli dalam Majlis tersebut tetapi turut sama menyumbangkan tenaga/ilmu sebagai anggota pemerhati.  Untuk maklumat lanjut rujuk buku Mabbim wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap dan berwibawa, DBP. 1992; Sekilas MABBIM, Pusat Bahasa (Indonesia), 2008; dan 25 Tahun MABBIM, terbitan DBP, juga artikel

Mabbim menyatukan bahasa serantau,Noresah Baharom,Utusan Malaysia02.03.1998.

 

Lain-lain04.09.2011
Penggunaan adalah dan ialah

 1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

Lain-lain14.09.2022
12

Kembali ke atas