Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.rin.ta.han] | ڤمرينتهن

Definisi : perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pe­merintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.rin.ta.han] | ڤمرينتهن

Definisi : perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,

Peribahasa

Tegang berjela-jela,
     kendur berdenting-denting.

Bermaksud :

Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civilian rulepemerintahan awam/pemerintahan sivilSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.
oligarchyoligarkiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin.
military governmentpemerintahan tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sesebuah negara yang dilaksanakan oleh institusi tentera tanpa memberi hak sivil yang sewajarnya kepada orang ramai. Pemerintahan jenis ini tidak berasaskan pemisahan kuasa sebagaimana yang lazim diamalkan dalam sistem demokrasi. Kepimpinan tertinggi dan elit tentera yang lain bertindak sebagai pemerintah serta memutuskan segala dasar penting negara. Pemerintahan tentera dikaitkan dengan kekerasan, ketiadaan kebebasan dan keadilan mahkamah serta sekatan kepada parti politik, NGO, gerakan sosial dan pelajar. Pemerintahan tentera ini biasanya muncul melalui rampasan kuasa. Tahun 1970-an merupakan dekad pemerintahan tentera di Amerika Latin, Afrika dan Asia apabila banyak negara jatuh ke tangan tentera.
regimerejimSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pengurusan yang mempunyai bentuk pemerintahan yang signifikan atau dikenali umum. Konsep rejim ini terhasil ekoran daripada sebuah pemerintahan yang panjang atau dikuasai oleh pemimpin yang istimewa, kontroversi atau terkenal. Rejim turut melambangkan satu jangka waktu pemerintahan seperti rejim Soeharto pada dekad 1970-an dan 1980-an di Indonesia. Pemerintahan ini juga boleh bersifat demokratik atau autoritarian. Walaupun begitu, penggunaan istilah rejim lebih cenderung menonjolkan sifat negatif dalam pemerintahan.
kingshippemerintahan berajaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan raja sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak dalam sesebuah negara. Pemerintahan ini meletakkan raja sebagai sumber kuasa atau menguasai penggubalan undang-undang. Raja juga mengetuai pemerintahan atau badan kabinet dan memiliki sepenuh kuasa ke atas mahkamah atau badan yang mengadili undang-undang. Segala aspek pemerintahan seperti dasar ekonomi negara, perjalanan pentadbiran, kebebasan media, sistem pendidikan dan kewangan ditentukan oleh pihak istana. Penggantian kuasa dalam negara seperti ini melalui sistem keturunan atau warisan. Contohnya, negara Brunei Darussalam.
pesidential democracydemokrasi berpresidenSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britan. Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina.
tutelage regimerejim asuhanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang baru dibentuk dan masih dalam keadaan tidak mantap. Pembinaan institusi politik pemerintahan ini masih berada dalam peringkat percubaan. Pemerintahan ini juga memerlukan bimbingan dan sokongan daripada pihak luar atau negara lain. Rakyat masih belum memahami sepenuhnya akan perjalanan pemerintahan dan kedudukan kerajaannya masih rapuh. Kebanyakan negara sedang membangun yang baru merdeka pada dekad 1940-an dan 1950-an berada dalam kategori ini. Contoh negara rejim asuhan kini ialah Timor Leste.
perverted forms of governmentbentuk pemerintahan sambalewengSejarahTiadaPemerintahan atau kerajaan yang mengamalkan dasar yang menyeleweng dari prinsip asas bentuk kerajaan atau pemerintahan yang adil.
civilian rulepemerintahan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang ditentukan oleh anggota masyarakat. Kerajaan ini memperoleh legitimasi untuk memerintah melalui proses pilihan raya atau pungutan suara. Hal ini berbeza dengan kerajaan tentera, monarki atau diktator. Dalam pemerintahan awam, rakyat merupakan sumber rujukan utama dan kerajaan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat dalam setiap pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam sistem pemerintahan ini, bidang kuasa pemerintahan diagihkan kepada tiga institusi iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan ini, rakyat berhak mendesak kerajaan atau pemerintah meletak jawatan. Contohnya, Kerajaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan awam.
12345678910...

Kembali ke atas