Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.pro.sé.san] | ڤمڤروسيسن

Definisi : perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.pro.sé.san] | ڤمڤروسيسن

Definisi : perbuatan atau hal memproses. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KILANG PEMPROSESAN MAKANAN DAN MINUMAN1. Betulkan kepada KILANG MAKANAN DAN MINUMAM.

2. Untuk pengesahan iklan sila daftar  iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak.
Lain-lain22.01.2018
Yang mana betul? 1. Pemprosesan atau pemerosesan 2. Pempiawaian atau pemiawaian Terima kasih.Ejaan yang betul ialah pemprosesan dan pemiawaian.Ejaan21.03.2014
soalan: kami diberikan penerangan tentang (cara-cara nanas diproses/pemprosesan nanas)?

Saudara Asmazaira,

Ayat yang betul ialah ' Kami diberi penerangan tentang cara-cara nanas diproses atau tentang pemprosesan nanas'. 

Tatabahasa26.05.2010
tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif ayat : getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.Ayat aktif: Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastikTatabahasa27.03.2012
berapa lama masa pihak dewan bahasa hendak buat pengesahan online..Kami berusaha menyegerakan setiap permohonan pengesahan iklan yang dikemukakan secara dalam talian, namun adakalanya berlaku gangguan teknikal dan pemprosesan ini tertunda sedikit daripada biasa. Untuk pemprosesan segera, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain04.11.2015
Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang lebih baik bagi frasa "signal processing", merujuk kepada data komputer yang diproses/diolah dengan program pengaturcaraan? Pemprosesan isyarat atau pengolahan isyarat?Istilah yang digunakan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat untuk signal processing ialah pemprosesan isyarat.Istilah29.08.2018
Pemprossesan/pemprossanpemprosesanMakna26.12.2008
Apa erti WISMA. Bolehkah didalam sesebuah wisma itu mengandungi kilang pemprosesan makanan, kilang kasut atau spa? sesuaikah?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "wisma" bermaksud 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin. Oleh itu, perkataan "wisma" tidak boleh digunakan untuk bangunan yang mengandungi kilang. Boleh menggunakan perkataan "kilang" sahaja.Makna04.04.2013
Soalan saya- bagaimana penggunaan perkataan 'pasca' apabila digabungkan dengan perbuatan, contohnya pasca dan pemprosesan, perlu letak '-' atau rapatkan atau jauhkan? Untuk pertama kali atau untuk kali pertamaSelamat petang:

1. Yang betul cara penulisan pasca ialah pascapemprosesan
2. Frasa untuk pertama kali atau untuk kali pertama boleh digunakan bergantung pada aspek yang ditekankan atau didahulukan.
 Sekian, terima kasih.

Tatabahasa03.10.2016
Salam , apa perkataan sepadan yang sesuai dengan perkataan " nano processed " ? adakah sesuai dengan perkataan pemprosesan nano ?Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa.Lain-lain20.09.2022
1234

Kembali ke atas