Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.pro.sé.san] | ڤمڤروسيسن

Definisi : perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.pro.sé.san] | ڤمڤروسيسن

Definisi : perbuatan atau hal memproses. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemprosesan luar talian(off-line processing)Pemprosesan yang dilakukan tanpa sambungan terus pada komputer utama. Campur tangan manusia diperlukan untuk membantu pemprosesan. Bandingkan pemprosesan dalam talian.Kamus Komputer
pemprosesan dalam talian(on-line processing)Pengendalian atau pemprosesan yang dilakukan secara terus pada komputer utama. Campur tangan manusia tidak diperlukan untuk membantu pemprosesan dalam pengendalian ini. Bandingkan pemprosesan luar talian.Kamus Komputer
lelaran(iteration)Tindakan mengulangi langkah pemprosesan yang sama secara automatik dalam satu gelung sehingga suatu keadaan wujud untuk memberhentikan pemprosesan atau mencabangkan pemprosesan ke tempat lain.Kamus Komputer
pemprosesan data terpusat(centralized data processing)Sistem pemprosesan data yang menggunakan sistem pemprosesan yang berada di pusat rangkaian untuk memproses semua data, manakala terminal di sekeliling pemproses pusat berfungsi menerima dan mengeluarkan data sahaja.Kamus Komputer
kopemproses(coprocessor)1. Pemproses sokongan yang melakukan tugas yang memakan masa yang am untuk membebaskan pemproses utama daripada tugas tersebut dan dengan demikian meningkatkan kepantasan pemprosesan. 2. Unit pemprosesan pusat yang bekerja secara seiring dengan unit pemprosesan pusat lain bagi meningkatkan kepantasan sistem dan juga sebagai langkah keselamatan untuk memastikan sistem sentiasa hidup sekiranya salah satu unit pemprosesan pusat gagal berfungsi.Kamus Komputer
pemprosesan interaktif(interactive processing)Pemprosesan dalam masa sebenar yang membenarkan pengguna memasukkan data atau menukarkan aliran pelaksanaan ketika pemprosesan sedang berlangsung. Hal ini dilakukan melalui dialog antara pengguna dan sistem.Kamus Komputer
pemprosesan selanjar(continuous processing)Kaedah pemprosesan yang digunakan untuk memproses input secara berterusan dalam masa sahih berbanding dengan kaedah pemprosesan berkelompok.Kamus Komputer
ralat terambat(propagated error)Ralat yang berpunca daripada bahagian sebelumnya yang merebak ke bahagian seterusnya dan mempengaruhi pemprosesan serta hasil output pemprosesan.Kamus Komputer
pemprosesan senarai(list processing)1. Pemprosesan yang dilakukan terhadap data yang mempunyai struktur senarai. 2. Teknik pengaturcaraan untuk mengendalikan struktur data yang terdiri daripada butiran yang berkaitan dengan butiran lain melalui penunjuk. 3. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta umtuk mengolah simbol dan data bukannya nombor. Struktur data dan atur cara pemprosesan ini berbentuk senarai. Singkatan LIPS.Kamus Komputer
peranti input-output(input-output device)Peranti yang mempunyai gabungan modul input dan modul output. Modul input berfungsi untuk menerima isyarat atau data input yang kemudian disalurkan kepada unit pemprosesan utama, sedangkan modul output menerima hasil pemprosesan daripada unit pemprosesan utama untuk disalurkan keluar.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas