Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.pro.sé.san] | ڤمڤروسيسن

Definisi : perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.pro.sé.san] | ڤمڤروسيسن

Definisi : perbuatan atau hal memproses. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital image processing softwareperisian pemprosesan imej digitalTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang menggunakan algoritma komputer untuk melakukan pemprosesan imej pada imej digital. Pemprosesan imej digital merupakan subbidang pemprosesan isyarat digital. Pemprosesan imej digital mempunyai beberapa kelebihan berbanding pemprosesan jenis analog. Antara kelebihannya ialah membenarkan algoritma yang lebih meluas yang diaplikasikan kepada data input dan boleh mengelakkan masalah seperti kemunculan gangguan dalam pemprosesan. Contoh pemprosesan imej digital yang kerap digunakan ialah penyuntingan imej digital.
distributed processingpemprosesan teragihTeknologi MaklumatPerisianPemprosesan yang dilakukan dengan menggunakan perkakasan dan perisian yang mengandungi lebih daripada satu elemen pemprosesan, elemen storan, pemprosesan serentak, atur cara berganda dan dilaksanakan di lokasi serta persekitaran yang berbeza melalui satu rangkaian komputer. Pemprosesan ini juga melibatkan pangkalan data teragih, iaitu pangkalan data yang mengandungi data merintangi dua atau lebih sistem komputer. Sistem pangkalan data ini akan memantau kedudukan data ini tanpa pengguna menyedari lokasi sebenar data tersebut.
information processingpemprosesan maklumatPentadbiran PerniagaanTiadaGabungan peraturan kerja, peralatan dan peraturan bagi pengawalan maklumat termasuk pemprosesan kata, pemprosesan data, bantuan pentadbiran, penyebaran dan pengurusan rekod.
information processing centrepusat pemprosesan maklumatPentadbiran PerniagaanTiadaPusat yang menggabungkan peraturan kerja, peralatan bagi pengawalan maklumat termasuk pemprosesan kata, pemprosesan data, bantuan pentadbiran, penyebaran dan pengurusan rekod.
distributed data processing (DDP)pemprosesan data teragih (DDP)Teknologi MaklumatPerisianPemprosesan data atau aplikasi pemprosesan data yang dilakukan di lokasi dan komputer yang berbeza yang dihubungkan antara satu sama lain dalam satu sistem rangkaian komputer. Contohnya, tugas tertentu dapat dilaksanakan oleh komputer yang khusus sama ada berada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh. Hal ini bererti susunan komputer yang dirangkaikan dalam DDP memberikan kelebihan keupayaan pemprosesan data dan menyediakan kebolehskalaan yang lebih tinggi merentasi rangkaian yang sedia ada. Susunan ini agak berbeza dengan pengkomputeran terpusat.
parallel processingpemprosesan selariTeknologi MaklumatPerisianPemprosesan yang menggunakan lebih daripada satu pemproses untuk melaksanakan satu atur cara atau pelbagai bebenang pengkomputeran pada masa yang sama. Pemprosesan selari menyebabkan atur cara dilaksanakan dengan lebih pantas kerana menggunakan lebih daripada satu enjin pemproses. Pemprosesan selari boleh juga dilakukan dengan menggabungkan beberapa komputer yang mempunyai satu pemproses dalam satu rangkaian. Jenis pemprosesan selari ini memerlukan perisian lebih canggih yang dikenali sebagai perisian pemprosesan teragih. Sinonim pengkomputeran selari.
poultry processingpemprosesan ayam itik; pemprosesan poultriGeografiTiadaTiada
processing aidbantuan pemprosesanMakanan dan PemakananMakananBahan tertentu yang ditambahkan secara sengaja dalam jumlah yang sedikit semasa proses penghasilan makanan. Bantuan pemprosesan digunakan untuk memudahkan pemprosesan makanan seperti penggunaan enzim pektinase dalam pengupasan kulit buah sitrus.
iterationlelaran; pelelaranTeknologi MaklumatTiadaTindakan mengulangi langkah pemprosesan yang sama secara automatik dalam satu gelung sehingga suatu keadaan wujud untuk memberhentikan pemprosesan atau mencabangkan pemprosesan ke tempat lain.
centralized processingpemprosesan terpusatPerpustakaanTiadaPemprosesan yang disatukan untuk pembelian bahan, pengkatalogan, pengelasan, pemprosesan bahan audio-visual dan sebagainya untuk beberapa buah perpustakaan yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas