Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.muat] | ڤموات

Definisi : (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemuat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Skid Steer Loader Attachments 2.Skid Steer Multipurpose Bucket 3.Skid Steer Loader Moldboards 4.All Wheel Drive Skid Steer 5.Radial Lift Skid Steer 6.Skid Steer Loader Trenching Machines Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Skid Steer Loader Attachments – Alat Tambah Pemuat Kemudi Kelincir

 2.Skid Steer Multipurpose Bucket – Timba Multifungsi Kemudi Kelincir 

3.Skid Steer Loader Moldboards – Bajak Sepak Pemuat Kemudi Kelincir 

4.All Wheel Drive Skid Steer – Kemudi Kelincir  Pacuan Semua Roda 

5.Radial Lift Skid Steer – Kemudi Kelincir Angkat Radial 

6.Skid Steer Loader Trenching Machines – Mesin Pemaritan Pemuat Kemudi Kelincir

Istilah30.05.2016
Salam sejahtera, Adakah terdapat terjemahan bagi "Bootloader"? Maksud: Bootloader adalah kod yang digunakan dalam sistem pengendalian Linux(contohnya). Terima kasih.

Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi boot ialah but yang bermaksud proses memulakan atau menghidupkan kembali pengendalian komputer. Cadangan kami bagi boot loader ialah pemuat but jika bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan25.12.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya nak bertanya mengenai maksud bagi tiga perkataan 1) Mover - person/thing moves 2) Loader - person/thing that loads/unloads 3) Recapsulation of hair1. Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan mengikut konteks yang diberikan ialah: 
1) Mover (person/thing moves) - Pemindah/Penggerak
2) Loader (person/thing that loads/unloads) - Pemuat


2. Mohon berikan contoh perkataan "Recapsulation of hair" dalam ayat supaya pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.
Makna07.03.2021
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris "torrent", "seeder", "leecher" (semuanya kata nama) dalam bidang teknologi maklumat? Saya masukkan maklumat lanjut ke dalam fail "torrent.rtf" di bahagian "Lampiran fail" dan berharap fail tersebut dibaca sebelum soalan ini dijawab. Saya terpaksa masukkan ke dalam fail kerana keseluruhan soalan beserta penerangan tersebut telah melebihi 1500 perkataan.Belum ada padanan bagi kata torrent, seeder dan leecher dalam pangkalan data kami. Berdasarkan konsep kata nama tersebut, seeder ialah pemuat naik bahan, leecher ialah orang yang berkongsi maklumat dalam perisian torrent. Dalam penulisan, ketiga-tiga tersebut perlu diitalikkan ejaannya.Istilah03.05.2015
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Excavator Quick Hitch 2.Excavator Reversible Backfill Blades 3.Excavator Ripper Attachment 4.Excavator Rock Bucket 5.Excavator Scarifier Attachment 6.Excavator Scraper Attachment 7.Excavator Seeder Attachment 8.Excavator Skeleton Buckets Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Excavator Quick Hitch – Pengorek Penyangkut Pantas

2.Excavator Reversible Backfill Blades – Pengorek Bilah Kambus Boleh Balik

3.Excavator Ripper Attachment – Pengorek Pengoyak

4.Excavator Rock Bucket – Pengorek Timba Batu

 5.Excavator Scarifier Attachment – Pengorek Penggembur

6.Excavator Scraper Attachment – Pengorek Pengikis

7.Excavator Seeder Attachment – Pengorek Penanam/Pengorek Pemuat Naik

8.Excavator Skeleton Buckets – Pengorek Timba Rangka

Istilah13.05.2016

Kembali ke atas