Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.bur] | ڤنابور

Definisi : 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.bur] | ڤنابور

Definisi : 1 orang yg menabur. 2 alat yg digunakan utk menabur (benih dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT

Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan

apabila seseorang menembak cakera tanah liat

yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak

cakera tanah liat menggunakan senapang patah

yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira

500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak

lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang

dinamakan perangkap melemparkan cakera ke

udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer

sejam.

UMUM 
SAVAGE

Savage ialah sebatang sungai di pergunungan

barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya

lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil

secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang

dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada

lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu

ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi

dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan

magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87

kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ,

bijih besi dibentuk menjadi penabur yang

diameternya kira-kira satu sentimeter, dan

dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir

2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap

tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke

Jepun.

UMUM 
SENAPANG PATAH

Senapang patah ialah senapang bahu yang

melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk

peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil,

yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan

tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah

untuk mengenai sasaran yang bergerak

berbanding dengan peluru tunggal daripada

senapang atau pistol. Pada asasnya senapang

patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur

senapang patah dikenali sebagai syot kecil.

Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai

syot besar, digunakan untuk menembak haiwan

seperti rusa.

UMUM 

Kembali ke atas