Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ma] | ڤنام

Definisi : Pl, bp apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ma] | ڤنام

Definisi : 1. orang yg memberi nama (men­calonkan, melantik), pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ma] | ڤنام

Definisi : 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika penama tiada pangkat Dato', yang manakah penyataan yang betul? 1. YB Ahmad bin Ali atau.... 2. YB En. Ahmad bin Ali

Frasa yang betul ialah YB Ahmad bin Ali. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran  (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut  ditulis atau dipanggil  seperti yang berikut:

 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri

 2. YB Tuan Haji

 3. YB Dr.

Tatabahasa28.03.2009
saya mohon nasihat penggunaan ayat " mesyuarat senat bertarikh 8 jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian diperingkat sarjana sains (penyelidikan)Salam sejahtera,
 Tuan,

Ayat yang betul:

Mesyuarat Senat bertarikh 8 Jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Mod Penyelidikan).

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.06.2017
1. Adakah penggunaan tuan dalam surat-menyurat boleh digunakan walaupun kita tahu orang yg menerima surat itu adalah perempuan? 2. Betulkah ayat ini "Adalah dimaklumkan bahawa penama berikut adalah wakil syarikat"?Kata tuan dalam surat -menyurat boleh digunakan kerana merujuk jawatan penerima. Ayat yang betul ialah Dimaklumkan bahawa penama berikut ialah wakil syarikat. Kata adalah tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Tatabahasa30.01.2008
Untuk panggilan hormat, sekiranya penama mempunyai nama Tuan Muhammad Ali bin Tuan Mohd Abu, bagi penulisan surat rasmi panggilan dalam ayat perlukah diletak panggilan hormat YM juga?. Terima kasihBagi penulisan surat rasmi, sapaan untuk Tuan Muhamad Ali bin Tuan Mohd Abu dalam ayat ialah tuan. Manakala penulisan nama penerima pula ialah Encik Tuan Muhamad Ali bin Tuan Mohd Abu.Lain-lain18.07.2021
untuk panggilan hormat, sekiranya penama mempunyai nama Raja/Tunku/Tengku, bagi penulisan surat rasmi panggilan dalam ayat perlukah diletak panggilan hormat YM juga Terima kasihPerlu letak panggilan YM tersebut.Lain-lain20.09.2018
Mohon pencerahan adakah perkataan PERASMI (merujuk kepada penama yang dijemput merasmikan majlis / acara) wujud dalam BM kerana sekarang sering digunakan oleh orang ramai termasuk institusi pendidikan sendiri.
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud "perasmi" ialah "orang yang merasmikan sesuatu". Contoh ayat: "Mereka berdiri di hadapan pintu dewan menunggu kedatangan perasmi seminar itu".
Makna14.02.2023
Salam sejahtera, Bolehkah NOMINEE ACCOUNT HOLDER diterjemahkan kepada pemegang akaun kepada penama? Terima kasihIstilah self-help secara tekal diberikan padanan usaha diri dalam kebanyakan bidang (ekonomi, geografi, pendidikan, undang-undang, psikologi, pendidikan, sosiologi). Jika anda ingin mencari padanan istilah, sila rujuk dahulu domain Istilah Bahasa Melayu dalam prpm.dbp.gov.my, bukan domain-domain lain.Istilah27.12.2018
SOALAN 1 seseorang yang mempunyai gelaran Profesor Dr. dan memegang jawatan dalam sesebuah jabatan, sekiranya penama perlu menandatangani surat adakah boleh diletakkan singakat gelaran seperti berikut atau sebaliknya: i. PROF. DR....... ii. PROFESOR DR...... SOALAN 2 dan di dalam surat rasmi untuk ayat bolehkah digunakan seperti berikut atau sebaliknya i. kerjasama dari pihak YBhg. Prof. Dr. ii. kerjasama dari pihak YBhg. Profesor Dr. Terima kasih. kerjasama dan maklum balas dari pihak YBhg. Profesor Dr. atau YBhg. Prof. Dr....1. Bentuk penulisan yang lazim ditemukan ialah Prof. Dr., walau bagaimanapun bukanlah satu kesalahan sekiranya  ejaan penuh Profesor Dr. digunakan.
2. Contoh penggunaan dalam surat: "Atas perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Dr., kami dahulukan ucapan terima kasih." atau "Atas perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Profoser Dr., kami dahulukan ucapan terima kasih."
Tatabahasa18.10.2019
apakah perkataan posthumous dalam bahasa malaysia. jika tiada apakah perkataan sesuai yang perlu digunakan jika ingin menganugerahkan ijazah kepada calon/penama yang telah meninggal dunia. terima kasihPadanan posthumous dalam bahasa Melayu ialah anumerta.Istilah31.07.2012
1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan.

Untuk makluman puan,  format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh  institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat:
 

1.   1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan.

2.   2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia.

3.   3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain28.02.2012
12

Kembali ke atas