Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.mat] | ڤنمت

Definisi : yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan.Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang)
Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural.
Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding.
Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan.

b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara)
Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa06.03.2013
Mohon terjemahan standard BM untuk berikut (yg dalam kurungan itu adalah tujuan saya) 1. Chick Starter Feed (pakan anak ayam permula) 2. Grower Finisher Feed (pakan ayam pedaging) 3. Grower Pullet Feed (pakan ayam dara penelur) 4. Finisher Pullet Feed (pakan Penamat --untuk ayam dara dan ayam pedaging peringkat akhir) 5. Layer Feed (pakan ayam penelur) Terima kasih

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1.    Chick Starter Feed = pakan pemula anak ayam

2.    Grower Finisher Feed = pakan penamat ayam kecil

3.    Pullet Feed = pakan ayam dara

4.    Finisher Pullet Feed = pakan penamat ayam dara

5.    Layer Feed = pakan ayam penelur 

Istilah30.01.2019
pelari itu terjatuh apabila hampir tiba di/kr garisan prnamat. tq

Ayat yang betul ialah pelari itu terjatuh apabila hampir tiba ke garisan penamat.

Lain-lain12.06.2010
Salam Saya mencari istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk 'maze', iaitu istilah Bahasa Inggeris untuk teka-teki yang mencari jalan/laluan/lorong yang betul untuk tiba ke penamat. Bolehkah dicadangkan teka-teki seumpama itu dipanggil 'TEKA LIKU' dalam versi Bahasa Melayu? Harap Tuan/Puan dapat beri pandangan. Terima kasih. AidahDalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuki "maze" ialah pagar sesat (bidang Pendidikan, Psikologi) dan lorongan keliru (bidang Perubatan). Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "maze" ialah teka lorong keliru atau teka laluan keliru.Istilah27.08.2013
Ketua Bahagian Sistem Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah sesuatu ayat itu betul sekiranya tidak diakhiri dengan titik nokta (without a fulll stop)? Terima Kasih Dr.Mogan Mobile: 0122980421 Office: 0378756666

En. Mogan

   Dalam penulisan teks, kita perlu menggunakan tanda baca seperti tanda noktah, tanda eplisis, tanda koma dan sebagainya. Tanda baca digunakan untuk membantu pembaca memahami sebarang bentuk penulisan.  Begitu juga penggunaan tanda noktah dalam pembentukan ayat yang mempunyai beberapa fungsi:

  (a) Pada akhir setiap ayat lengkap. Misalnya; Dia ialah ketua saya.

  (b) Penamat ayat perintah/suruhan. Misalnya; Jangan buang sampah di sini.

  (c) Penamat ayat tanya yang berbentuk retorik, yang tidak memerlukan jawapan.

      Misalnya; Mengapakah kita  tidak meneruskan perbincangan ini?

Ringkasnya, setiap ayat mestilah diletakkan tanda noktah, kecuali ayat  yang berbentuk frasa atau slogan.

Tatabahasa19.05.2009
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011
Salam Sejahtera. Mohon penjelasan Tuan/Puan berkenaan dengan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. Difokuskan kepada pemilihan kata yang digunakan sama ada sesuai atau salah. (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Sendi) 1. Sungai merupakan sumber semula jadi dalam ia mempunyai banyak ekosistem contohnya ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, hari itulah kematian masyarakat. 3. Kepentingan sungai kepada masyarakat mempunyai beberapa utama iaitu sebagai sumber air kepada kita. 4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir ke gunung dan lalu ke tanah selepas itu air akan menjadi sedap dan bersih dan lalu ke sungai. 5. Sungai yang bersih dan besar akan mempunyai banyak ekosistem yang besar dan mempunyai banyak ikan, udang dan lain-lain. 6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak. 7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan protein, 8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya. Ayat ini merupakan tulisan karangan pelajar sekolah menengah berkaitan tajuk kepentingan sungai. Mohon penjelasan tentang kesalahan bahasanya. Terima kasih.Bentuk ayat yang betul ialah:
1. Sungai merupakan sumber semula jadi yang mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain.
2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, itulah hari penamat bagi manusia.
3. Antara kepentingan sungai kepada masyarakat termasuklah sebagai sumber air kepada kita.
4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir dari gunung ke tanah selepas itu dan sungai.
5. Sungai yang bersih dan besar mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang dan lain-lain.
6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak.  (semak kesahan fakta ini)
7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan sumber protein.
8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk menyemak penggunaan kata dan ketepatan ayat yang dibina.
Lain-lain27.11.2017

Kembali ke atas