Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.paian] | ڤناڤاين

Definisi : 1. = petapaian sj periuk besar tempat membuat tapai; 2. (Kim) penguraian (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.paian] | ڤناڤاين

Definisi : 1 perbuatan atau proses membuat tapai. 2 ist tindak balas kimia yg melibatkan penguraian molekul organik oleh sesuatu bahan spt ragi (kulat, enzim) menjadi bahan yg lebih ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penapaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rumen fermentationpenapaian rumenVeterinarPraklinikalPencernaan dalam rumen oleh mikrob seperti bakteria dan protozoa yang menghasilkan enzim; selulase untuk mencerna selulos. Penapaian rumen berlaku dalam persekitaran anaerobik. Contohnya; penapaian karbohidrat dalam makanan ruminan. Hasil daripada penapaian karbohidrat ini ialah asid lemak ruap.
sludge digestionpencernaan enap cemarKejuruteraanTiadaPenguraian enap cemar anaerob yang biasanya terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat penapaian asid dan penapaian metana.
butyric fermentationpenapaian butirikKimiaTiadaPenapaian gula dan kanji melalui fermen pembelahan, seperti Bacillus butylicus yang mengakibatkan pembentukan asid butirik.
stormy fermentationpenapaian ributBiologiMikrobiologiPenapaian proteolipid susu oleh mikroorganisma yang menghasilkan banyak buih dan gelombang angin.
aerobic fermentationpenapaian aerobikKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenapaian oleh bakteria atau mikroorganisma yang memerlukan oksigen secara langsung.
anaerobic fermentationpenapaian anaerobikKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenapaian oleh bakteria atau mikroorganisma yang mendapatkan bekalan oksigen secara tidak langsung daripada karbohidrat atau sumber karbonnya.
enzymatic fermentationpenapaian enzimKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenapaian yang dimulakan dan dimangkinkan oleh enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma.
microbial fermentationpenapaian mikrobnKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenapaian yang dimulakan dan dimangkinkan oleh mikroorganisma atau mikrob yang bersifat automangkin. Proses ini menghasilkan lebih banyak mikroorganisma dan juga produk bahan kimia sampingan.
fed batch fermentationpenapaian kelompok suapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenapaian jenis kelompok yang bahan tindak balas atau substrat pengehadnya disuapkan pada masa dan kadar tertentu.
fermentation producthasil penapaianKimiaTiadaEtanol dan karbon dioksida yang terhasil daripada tindak balas penapaian.
12345678910...

Kembali ke atas