Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.pis] | ڤناڤيس

Definisi : 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.pis] | ڤناڤيس

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menapis sesuatu: ~ minyak. 2 orang atau badan yg menapis (filem, novel dll): Lembaga ~ Filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.na.pis] | ڤناڤيس

Definisi : alat utk menapis atau utk menyaring sesuatu: ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapis
Kata Terbitan : menapis, tapisan, penapis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain.1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar.


2. Apabila  berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan  mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain.
Tatabahasa11.12.2013
Adakah terjemahan ini boleh digunakan untuk 'drip bag'? drip bag - penapis kopiUntuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk istilah yang tuan kemukakan. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu ialah penapis minuman.

Istilah28.02.2018
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara.

 

2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

 

3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian.

Tatabahasa10.07.2014
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan cadangan terjemahan bagi istilah 'pelicle' (sejenis penapis) Sekian, terima kasih.Istilah 'pelicle'  msih tiada dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami. Ejaan yang betul bagi 'pelicle' ialah 'pellicle' yang bermaksud pelikel yang boleh diambil konsepnya daripada bidang Kejuruteraan.Penyemakan dan penterjemahan06.12.2015
Salam mohon disemak bunting ini sebelum mendapat kebenaran untuk gantung. Arahan pegawai di Majlis Daerah kuala Pilah. Medium Bahasa Inggeris Penghawa dingin Penapis air Coway Kaedah Montessori Luas dan Selesa “Little Scientist”Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain29.09.2017
Adakah "Tinted Glass" sesuai diterjemahkan sebagai "Kaca Gelap"? Atau "Kaca Tinta"? Atau ada yang lebih sesuai? Mohon penjelasan.Kami mencadangkan "tinted glass" diterjemahkan sebagai "cermin berwarna sedikit", atau "kaca/cermin filem penapis haba". Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. Istilah01.09.2021
maksud dwibahasa yg pihak DBP maksudkan,adakah spr di bawah:- 1. wiring 2. aircond 3. tinted 4. accessoriesTerjemahan yang dicadangkan ialah:
1. Wiring - Pendawaian
2. Aircond - Penyaman Udara
3. Tinted - Filem Penapis Haba
4. Accessories - Aksesori
Penyemakan dan penterjemahan22.05.2017
untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih.Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air"Penyemakan dan penterjemahan03.08.2020
saya memerlukan terjemahan English ke Melayu berkenaan dengan istilah destructive sampling, adaptive filter dan enhanced filter. Mohon jasa baik pihak DBP untuk memuatkan istilah ini dalam kamus English - Melayu untuk memperkasakan Bahasa Melayu untuk penyelidikan saintifikSekiranya tuan/puan mempunyai cadangan istilah yang ingin diberikan, tuan/puan boleh melayari laman web http://ekamus.dbp.gov.my/ Untuk terjemahan destructive sampling masih belum ada dalam data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, cadangan terjemahan bagi istilah ini ialah persampelan musnah. Manakala adaptive filter ialah penapis mudah suai. Istilah yang sesuai bagi enhanced filter pula ialah penapis tertingkat. Sekian terima kasihIstilah03.02.2017
Assalammualaikum Tuan, Saya bernama Shamsul Izuan bin Sapiin. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sekarang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah kesalahan Peraturan 16A(2)(b) iaitu perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau. Disertakan keratan Peraturan 16A(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kesalahan syarikat ini adalah di mana telah menyatakan satu perkataan pack sleve di bungkusan kotak rokok dengan perkataan “ #1 MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND” - Disertakan gambar sebagai rujukan. Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk memberi tafsiran perkataan di atas samada iainya berbentuk kualiti atau pengredan. Pihak kami akan membuat rakaman secara bertulis ke atas pihak tuan bagi membantu siasatan dalam kes ini. Pihak tuan boleh berhubung seperti nama di atas di talian : 01110022740. Kerjasama dari pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Shamsul Izuan bin Sapiin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tel : 01110022740Kebiasaannya tanda pagar pada perkataan tidak boleh diterjemahkan kerana digunakan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan kempen pada produk. Cadangan terjemahan bagi MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND ialah "JENAMA PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS" atau cukup sekadar "PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS". Bagi kualiti atau pengredan sesuatu produk pula, ini merupakan luar bidang kuasa pihak kami. mohon tuan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab yang mengawal selia bagi pengeluaran rokok di Malaysia.
 
Makna03.03.2022
12

Kembali ke atas