Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.pis] | ڤناڤيس

Definisi : 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.pis] | ڤناڤيس

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menapis sesuatu: ~ minyak. 2 orang atau badan yg menapis (filem, novel dll): Lembaga ~ Filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.na.pis] | ڤناڤيس

Definisi : alat utk menapis atau utk menyaring sesuatu: ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapis
Kata Terbitan : menapis, tapisan, penapis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total filterpenapis keseluruhanKejuruteraanTiadaPenapis yang diperbuat daripada penapis-penapis inheren.
coarse strainersaring kasarKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenapis yang mempunyai unsur penapis berlubang besar. Unsur penapis jenis ini biasanya diperbuat daripada logam. Penapis ini digunakan untuk melindungi mesin seperti pam daripada dimasuki bahan cemar bersaiz besar.
Tyler standard screen seriessiri penapis piawaian TylerKejuruteraanKejuruteraan KimiaSiri penapis atau pengayak yang berdasarkan 200 mesy sebagai 0.074 mm lubang jerlusan serbuk. Ini bermakna terdapat 200 lubang jerlusan serbuk dalam setiap keluasan satu inci persegi penapis. Setiap penapis dikenal pasti sebagai bilangan lubang jerlusan serbuk dalam keluasan satu inci persegi penapis. Keluasan lubang jerlusan penapis di bawah dalam siri Tyler bersaiz dua kali lebih kecil daripada yang terdapat pada penapis di atas. Saiz mesy di bawah adalah daripada saiz mesy di atas.
light filterpenapis cahayaKimiaKimia AnalisisPemilih jalur panjang gelombang dalam sistem optik bagi spektroskop yang mudah. Ia terdiri daripada penapis gangguan dan penapis penyerapan.
coated lenseskanta bersalutKomunikasiTiadaKanta yang disalutkan dengan bahan penapis untuk menghasilkan kesan khas. Kanta ini boleh disalut dengan penapis berwarna putih atau penapis berbintang.
shell-leaf filterpenapis kelompang daunKejuruteraanKejuruteraan KimiaAlat penapisan pepejal daripada bendalir pada keadaan tekanan yang tinggi bagi menjimatkan tenaga pekerja dan memudahkan pembasuhan kek. Penapis ini terdiri daripada beberapa penapis yang disusun di dalam kelompang tertutup. Bendalir yang akan ditapis disuapkan ke dalam kelompang melalui penapis dan bendalir yang bersih dikeluarkan di bahagian hujung kelompang. Unit ini kerap digunakan dalam proses penapisan yang menggunakan bahan bantu turas.
secondary filterpenapis sekunderKejuruteraanTiadaBahan dengan nombor atom yang lebih rendah daripada bahan penapis primer, yang digunakan untuk menapis alur sinaran dan untuk menghalang sinaran yang terhasil daripada penapis primer.
well completionpenyelesaian perigiHidrogeologiTiadaSegala kegiatan yang membolehkan kemasukan air tanah ke dalam sesebuah perigi pengeluar. Bagi perigi pengeluar di lapisan peroi, kegiatan ini melibatkan pemasangan paip lindung dan penapis, penempatan penapis kerikil untuk pengeluaran optimum dan pengujian sebelum pemasangan terakhir alat-alat pam.
surface filter mediamedia penapis permukaanKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahan berliang yang memerangkap bahan cemar pepejal yang terdapat dalam aliran bendalir yang melintasi permukaan penapis. Saiz liang biasanya seragam dan penapis ini banyak digunakan dalam sistem hidraulik dan sistem pelinciran.
air cleanerpembersih udaraKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti penapis udara yang memasuki enjin untuk proses pembakaran. Penapis ini boleh menyingkirkan sebarang bendasing. debu, kotoran dan serangga daripada memasuki kebuk pembakaran. Unsur pembersih udara biasanya diperbuat daripada kertas berlisu. Sinonim penapis udara.
12345678910...

Kembali ke atas