Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ri/] | ڤناريق

Definisi : orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ri/] | ڤناريق

Definisi : orang atau sesuatu yg menarik: ~ beca; binatang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bait advertisingpengiklanan umpananKomunikasiKorporatStrategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan atau perkhidmatan yang menggunakan sesuatu daya penarik. Jenis daya penarik adalah pelbagai seperti mempamerkan kemahiran dan bakat. Contohnya, mempamerkan bakat silap mata untuk menarik perhatian khalayak terhadap barangan yang dijual, sehingga -lah mendemonstrasikan kehebatan prestasi barangan seperti alat permainan kanak-kanak. Melalui strategi ini, khalayak akan terdorong dengan kehebatan barangan yang dipamerkan dan seterusnya akan membeli barangan atau perkhidmatan tersebut.
attractive planttumbuhan penarikPertanianAgronomi

Tumbuhan yang mempunyai sifat seperti bunga yang besar dan berwarna cerah atau berbau harum yang menjadi daya tarikan, terutamanya kepada serangga. Contohnya, pokok bunga cempaka. Kadangkala tumbuhan penarik sengaja ditanam untuk menggalakkan kumbang menghampiri tumbuhan ini dan seterusnya menggalakkan pendebungaan. Tumbuhan penarik juga ditanam dalam pengeluaran lebah madu supaya populasi lebah berhampiran sarang lebah akan meningkat.

force-field analysisanalisis medan dayaPengurusanPerancanganProses menentukan daya penarik dan daya penolak terhadap sesuatu perubahan yang dicadangkan. Contoh daya penarik ialah faktor-faktor yang menggalakkan atau mempercepat sesuatu perubahan yang ingin dilakukan oleh organisasi seperti sokongan sumber atau infrastruktur. Contoh daya penolak pula ialah kekangan sumber atau masalah sikap dalam kalangan staf. Tujuan analisis medan daya dilakukan adalah untuk meningkatkan daya penarik dan menyingkirkan daya penolak bagi memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
polar solventpelarut berkutubHerbaFitokimiaBahan pelarut yang mempunyai momen dwikutub yang tinggi kerana mengandungi kumpulan penarik elektron seperti hidroksil, amino, keton, karboksil dan siano, atau atom penarik elektron seperti klorin, oksigen dan nitrogen. Pelarut ini digunakan untuk melarutkan bahan yang berkutub dan tidak larut di dalam pelarut tak berkutub. Contoh pelarut ini termasuk metanol, etanol, etil asetat, aseton, asetonitril dan kloroform. Banding pelarut tak berkutub.
pull strategystrategi penarikKomunikasiKorporatProses pengiklanan yang menggunakan strategi menarik perhatian khalayak secara dramatik dengan memanipulasi sesuatu kelebihan barangan atau keadaan dengan harapan untuk mendapat keuntungan jangka pendek. Kaedah ini selalu digunakan apabila sesuatu syarikat berada dalam keadaan tertentu. Pertama, syarikat yang baru beroperasi. Kedua, syarikat memperkenalkan barangan baru di pasaran. Ketiga, syarikat atau barangan lama yang menghadapi saingan daripada syarikat atau barangan baru. Keempat, syarikat yang hampir tutup. Dalam semua keadaan tersebut, syarikat atau barangan berkenaan memerlukan lebih banyak sokongan daripada khalayak. Kegagalan mendapatkan sokongan dalam tempoh masa yang singkat akan menyukarkan syarikat berkenaan untuk mengambil tindakan perniagaan yang sepatutnya. Antara langkah utama yang dilakukan untuk memenuhi keperluan tersebut termasuklah melakukan kempen pengiklanan, sama ada melalui media massa atau kaedah pengiklanan yang lain. Pendekatan pengiklanan yang bersifat dramatik biasanya dilakukan dengan cara menyiarkan harga lelong bagi barangan tertentu dan menggunakan personaliti ternama sebagai daya penarik. Selain itu, langkah juga diambil untuk meningkatkan kekerapan penyiaran iklan dan menggunakan kata-kata yang boleh meyakinkan khalayak bahawa barangan yang ditawarkan adalah istimewa atau jualan yang dilakukan adalah sesuatu yang mesti direbut dalam tempoh masa yang singkat.
chainmanpenarik rantaiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chainmanpenarik rantaiKejuruteraanTiadaTiada
tapemanpenarik pitaGeografiTiadaTiada
chainmanpenarik rantaiGeografiTiadaTiada
draw springpenarik springKomunikasi MassaTiadaTiada
123456

Kembali ke atas