Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
riang[Òi.AN]kata namatenaga, kuasaAku dah penat, aku dah tak dak riang lagi dah.[A.ku dAh p«.nAt A.ku dAh tA dA Òi.AN]Saya sudah penat, saya sudah tidak ada tenaga lagi.
gon[g)n]kata adjektiftanah yang makin meninggi.Penat sunggoh aku kayoh baskat masa naek gon.[p«.nAt suN.goh A.ku kA.joh bAs.kAt mA.sA nAe g)n]Penat sunggoh saya kayuh basikal masa naik gon.
hele[hE.lE]kata kerjamembawa sesuatu yang berat dengan tangan; rembiang.Penat aku hele barang-barang ni, troli semua dah habeh.[p«.nAt A.ku hE.lE bA.ÒAN.bA.ÒAN ni tro.li s«.mu.wA dAh hA.beh]Penat saya bawa barang-barang ini dengan tangan, troli semua suah habis.
hap-hap[hA)p.hA)p]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang atau haiwan yang sesak nafas (nazak, semput, penat, lelah dan lain-lain)Orang kalu silap makan la-la tu dia buleh hap-hap.[o.ÒAN kA.lu si.lAp mA.kAn lA.lA tu di.jA bu.leh hA)p.hA)p]Orang kalau tersilap makan pada masa itu juga boleh sesak nafas.
tinaih[ti.nAC]kata kerja1. menindih serangga kecil seperti kutu, pijat, semut dan lain-lain menggunakan ibu jariBanyak sangat kutu hang, lengoh aku nak tinaih.[bA.øA sA.NAt ku.tu hAN l«.Noh A.ku nA ti.nAC]Banyak sangat kutu awak, penat saya menindih dengan jari.

Kembali ke atas