Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Ayah penat layan tetamu'Masni Ros Pakir MohamadHarian Metro09.03.2007
Hilang penat dengan sambutan luar biasaHartati Hassan BasriHarian Metro30.11.2006
Jihaty tidak tahu penat berkarya sepanjang hayatAzman IsmailUtusan Malaysia09.06.2000
Kota London sudah penatAdam A. KadirUtusan Malaysia15.08.2002
Pekerja DBP berpiket untuk 'buang penat'Mohd Sayuti OmarSiasah02.03.2007

Kembali ke atas