Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar, pemohon, pelamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : ubat utk menawar racun dll; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), dedarum, pisang-pisang, Goniothalamus giganteus; ~ jambi sj tum­buhan (paku), bulu empusi (pusi), Cibotium barometz; ~ lipan sj tumbuhan (pokok renek), pokok lalipan, Pedilanthus tithymaloides; ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), limau-limau, melimau, Gelonium glomerulatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawar (adjektif)
1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang,
Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit

2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,

3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap,
Berantonim dengan ghairah

4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati,
Berantonim dengan marah

5. Dalam konteks pidato
bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,

Kata Terbitan : menawari, penawar,

Puisi
 

Banyaklah banyak gelang di pasir,
     Minyak penawar di dalam cangkir;
Anak siapa berjanji mungkir,
     Anak Islam menjadi kafir.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE RAWATAN, PERUBATAN, KURSUS DAN CERAMAH RAWATAN ALTERNATIF, PENAWAR HOMEOPATI, BEKAM, AKUPUNTUR, TERAPI HIPNOSIS, RAWATAN REGANGAN TULANG PINGGUL DAN TULANG BELAKANG.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain13.05.2015
apakah fungsi sastera moden?

Antara fungsi sastera moden ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.

      -   Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

      -   Novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman

      sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu

      Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).

5.   Berfungsi sebagai menghibur.

 Sekian dan salam. 

 

Lain-lain28.03.2009
Saya nak tanya yang mana betul OPS atau OP dalam tulisan ringkas contohnya Ops Selamat sebelum ni tapi ada juga saya jumpa baru-baru ni OP COVID-19. Penggunaan yang mana satu betul, OPS atau OP bagi menunjukkan maksud operasi. Terima kasih.Penggunaan yang biasa digunakan untuk nama program ialah OPS SELAMAT, OPS PENAWAR, OPS COVID-19. Tatabahasa12.04.2020
Adakah 'pereda' membawa apa-apa maksud jika ia digunakan di dalam sebuah puisi. Kata asalnya REDA. Namun dalam puisi tersebut ditambah imbuhan PE dengan menjadikannya PEREDA. Contoh : Dalam kelam malam seorang ibu menjadi PEREDA tangisan anak-anak tatkala kilat garang di luar"Pereda" ada membawa maksud.  Bukan sekadar dalam puisi, bahkan digunakan dalam penulisan pelbagai bidang termasuk bidang sains.  Contohnya: Antidote bermaksud ubatan untuk menjadi penawar atau pereda kesan bisa atau keracunan sesuatu.Lain-lain31.05.2016
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
apakah konsep,fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden

Salam. Berhubung dengan soalan tersebut, sdr. boleh mendapatkan maklumat lengkap dengan merujuk kepada buku berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Sehubungan itu, antara fungsi dan peranan sastera ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca atau pengarang. Contoh  -  puisi-puisi merdeka  mengetengahkan semangat berjuang dan juga novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pELANCONGAN) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikalasebenar. Contoh  -  karya berlatar luar negara - karya terjemahan seperti Madu Dalam Saringan, rRanjau Sepanjang Jalan

5.   Berfungsi sebagai menghibur.  

Sekian dan wassalam.

Lain-lain14.03.2009
Assalamamualaikum... Saya mempunyai satu soalan untuk dikemukakan kepada pihak DBP, berkenaan polisi baru pihak kerajaan dalam Sistem Pendidikan yang baru digubal beberapa waktu lalu. Pembelajaran Sains dan Matematik yang kembali diajar semula dalam Bahasa Melayu menjadi kelegaan kepada banyak pihak terutama bagi yang memang selesa dan menjiwai bahasa Malayu itu sendiri. Bagi menyediakan prasarana itu,adakah pihak DBP mempunyai projek-projek terbaru untuk merialisasikan cita-cita kerajaan untuk memanggil semula minat pelajar-pelajar yang telah pudar dalam Sains dan Matematik? Bagi pandangn saya, DBP punya peranan yang sangat besar sebesar peranan Baitul Hikmah yang wujud tatkala zaman Kerajaan Abbasiah suatu ketika dahulu, yang mana, ia menjadi perpustakaan terbesar menempatkan sumber ilmu tak mengira bidang, dan yang lebih mengujakan, kebanyakan buku tersebut adalah dalam bahasa ibunda,iaitu bahasa Arab.... Adakah pihak DBP juga dalam perancangan kearah itu, atau hanya tertumpu kepada bidang kesasteraan Melayu semata? saya warga Malaysia yang punya harapan yang sangat tinggi terhadap DBP agar ia wujud menjadi badan yang bisa meyuntik penawar kepada tahapan ilmu dan kecintaan ilmu di kalangan rakyat Malaysia yang masih dalam kategori rendah dibaningkan dengan negara-negara membangun yang lain. Sekian.

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu lebih kepada pedagogi pendidikan yang ditagani oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam hal ini DBP tetap meneruskan fungsi dan peranannya dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu yang dilaksanakan melalui pelbagai kegiatan di sektor awam dan swasta. DBP akan mengemaskinikan dan menerbitkan lebih banyak buku dan istilah yang berkaitan seperti istilah Sains, Matematik dan Teknologi. Selain itu, kegiatan penggalakan dan pengembangan bahasa Melayu akan dipertingkatkan dan diperluas.

Lain-lain16.07.2009

Kembali ke atas