Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar, pemohon, pelamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : ubat utk menawar racun dll; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), dedarum, pisang-pisang, Goniothalamus giganteus; ~ jambi sj tum­buhan (paku), bulu empusi (pusi), Cibotium barometz; ~ lipan sj tumbuhan (pokok renek), pokok lalipan, Pedilanthus tithymaloides; ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), limau-limau, melimau, Gelonium glomerulatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawar (adjektif)
1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang,
Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit

2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,

3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap,
Berantonim dengan ghairah

4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati,
Berantonim dengan marah

5. Dalam konteks pidato
bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,

Kata Terbitan : menawari, penawar,

Puisi
 

Banyaklah banyak gelang di pasir,
     Minyak penawar di dalam cangkir;
Anak siapa berjanji mungkir,
     Anak Islam menjadi kafir.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidotepenawarPerubatanTiadaUbatan untuk menjadi penawar atau pereda kesan bisa atau keracunan sesuatu.
antidotal treatmentrawatan penawarPerubatanTiadaPemberian penawar untuk melawan tindakan sesuatu racun.
antidotepenawar/antidotHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat melegakan atau mengurangkan tindakan racun dalam badan. Contohnya, ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) bersifat sebagai penawar. Sinonim antidot.
antidotepenawarFizikTiadaTiada
antidotepenawarPerubatanTiadaTiada
antidotepenawarKimiaTiadaTiada
antidotepenawarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
theriacapenawarFarmasiTiada1. Antidot terhadap racun. 2. Suatu ubat untuk semua penyakit.
antidoteantidot/penawarSains KesihatanTiadaBahan kimia yang dapat mengatasi kesan keracunan. Contohnya arang teraktif untuk pengawet dan alkohol.
name of tenderernama penender penawarEkonomiTiadaTiada
123

Kembali ke atas