Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.rian] | ڤنچارين

Definisi : 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencarian

Peribahasa

Diperluas parak,
     tidak disiangi.

Bermaksud :

Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pencarian maksud perkataan BI-BMSila rujuk Kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu.Lain-lain14.05.2009
Rarefaction dalam bahasa melayu ialah renggangan. Harap perkataan ini dapat dimasukkan dalam pencarian PRPM untuk membantu pencarian pelajar dan guru Fizik. Rujukan: soalan SPM 1974 and previous text books (Fizika Moden 1979 & Fizik Tingkatan 5, 2002) menunjukkan sejak 1970an perkataan renggangan / kerenggangan digunakan untuk rarefaction dalam bahasa melayu. Sejak kebelakangan ini, dalam soalan SPm dan sebagainya, perkataan regangan digunakan. Penggunaan perkataan ini adalah salah bagi istillah fizik ini.Untuk makluman tuan/puan, perkataan rarefaction telah ada padanan bahasa Melayu, iaitu renggang atau perenggangan. Tuan/puan boleh merujuk pautan di bawah untuk perkataan renggang dan rarefaction.

Maksud renggang -
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=renggang&d=28648& 

Hasil carian perkataan rarefaction -
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rarefaction&d=28648&#LIHATSINI
Istilah07.10.2020
a) 'Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan' b) 'Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan' Mana satukah ayat yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan lebih sesuai digunakan sebagai tajuk? Diharap pihak DBP dapat mencadangkan tajuk yang sesuai dan tiada kesalahan tatabahasa. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan."  Tatabahasa25.11.2010
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD.

Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea.

Penyemakan dan penterjemahan13.12.2019
Salam sejahtera! Pencarian perkataan "barakah" tidak membuahkan hasil jika saya lakukannya melalui fungsi "Cari". Namun, apabila merujuk kepada pautan Kamus Bahasa Melayu, makna perkataan ada tertera dan sumbernya berasal dari "Kamus DBP versi dalam Talian". Soalan saya: bolekah saya tahu apakah fungsi Kamus DBP versi dalam Talian ini dengan lebih lanjut? Sekian, terima kasih!
Kamus Dalam Talian boleh diterima hasil daripada cadangan pengguna melalui gerbang kata dan telah dibengkelkan dan maksudnya boleh digunakan. Perkataan "Barakah" tidak dimuatkan dalam Kamus Dewan tetapi telah dimasukkan dalam Kamus Perdana terbitan terbaharu Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna01.01.2021
Salam. Berdasarkan pencarian saya di protal Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ejaan 'infografik' diterima sebagai padanan kepada istilah 'infographic' pada ruangan Istilah Bahasa Melayu seebaliknya dalam ruangan Khidmat Nasihat pula, dinyatakan penulisan/ ejaan bagi infografik ialah 'info grafik'. Mohon pencerahan ke atas percanggahan tersebut.Jawapan yang sebenar ialah infografik. Kami memohon maaf atas segala kekeliruan. Terima kasih.Istilah10.08.2020
Say aagak musykil untuk terjemah "adventure film" dan "swashbuckler film" yang kedua-duanya bermaksud "filem kembara. Tapi jika ikut istilah bahasa Inggeris, swashbuckler adalah subgenre adventure. "Swashbuckler film" bermaksud subgenre genre filem pengembaraan, yang sering dicirikan oleh pertarungan pedang dan watak-watak kepahlawanan, yang dikenali sebagai swashbuckler. Manakala "adventure film" pula unsur plot utama merangkumi pencarian benua yang hilang dan suasana eksotik; perjuangan dan situasi yang menghadapi watak-watak utama, penciptaan kerajaan, watak-watak yang memulakan pencarian harta karun dan kepahlawanan, pencarian (quest), penerokaan, pencarian dan pencarian yang tidak diketahui biasanya juga harus mengatasi musuh. Jadi bagai mana terjemahan yang sesuai untuk membezakan kedua-dua itilah yang hampir sama ini? Adakah kekalkan "swashbuckler film" sebagai "filem swashbuckler"?Padanan bahasa Melayu untuk "adventure film" ialah filem kembara manakala "swashbuckler film" ialah filem kepahlawanan.  Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Makna02.09.2020
Assalamualaikum. Adakah sudah wujud definisi khas dan rasmi untuk perkataan digitalisasi? Saya sudah membuat pencarian definisi istilah ini tetapi masih kurang jelas. Pencarian di Kamus Online DBP hanya menyatakan digitalisasi sebagai istilah bahasa Melayu bagi digitalization. Wikipidea menyatakan digitalization sebagai proses menukarkan maklumat dalam bentuk digital. Kamus Oxford pula memberi maksud digitalization sebagai penukaran teks, gambar atau suara dalam bentuk digital yang dapat diproses oleh komputer.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pendigitalan” bermaksud proses menukarkan (data dan sebagainya) kepada bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer. Oleh itu, padanan yang sesuai untuk “digitalization” ialah “pendigitalan”. Makna15.10.2021
Subject: PENCARIAN MAKSUD PERKATAAN PEWAI Asslamualaikum wbt, Merujuk perkara di atas, saya benama Nurhilmiyani bt Ismail berminat ingin mencari maksud perkataan pewai dan penggunaan perkataan tersebut. Setelah mencari menggunakan perkhidmatan carian/ carian bestari, saya gagal menemui maksud perkataan tersebut. Berdasarkan pencarian saya sebelum ini, perkataan ini digunakan untuk menggambarkan keadaan yang terlalu letih terutama ketika mendaki gunung/ bukit yang mencabar. Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya dan memberi pencerahan yang sewajarnya. Sekian, Terima Kasih -- Nurhilmiyani bt Ismail, Pembantu Penyelidik, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Hp:013-6319101 Email: nurhilmiyani89@gmail.comKata pewai tidak terakam dalam kamus DBP mahupun korpus DBP.  Selain itu, belum ada kajian berkaitan kata pewai sama ada dialek, slanga, kreol, atau istilah. Kami akan menghubungi puan apabila kami mempunyai maklumat yang berkaitan.Makna14.09.2017
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan maksud bagi ungkapan "buah hati pengarang jantung" setelah bertukar pandangan dengan rakan universiti yang merupakan bukan penutur Bahasa Melayu. Pencarian dalam PRPM tidak menggolongkan ungkapan tersebut di bawah 'jantung' tetapi di bawah 'pengarang': "~ jantung buah hati". Pencarian dalam Google Books dan Internet banyak menunjukkan penggunaan "buah hati pengarang jantung" dan bukan "pengarang jantung buah hati". Ini merupakan fenomena yang menarik bagi saya. Setahu saya ungkapan ini bukan peribahasa. Saya amat menghargai sekiranya pihak Tuan boleh memberikan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih.Penggunaan buah hati pengarang jantung banyak digunakan dalam puisi Melayu yang membawa maksud menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Pengarang Jantung ialah kekasih manakala maksud buah hati pula ialah orang yg dikasihi. Ini memberikan maksud Orang yang dikasihi iaitu kekasih. Maka penggunaan buah hati pengarang jantung adalah lebih sesuai dan telah banyak digunakan dalam puisi Melayu.Penyelidikan12.06.2018
1234567

Kembali ke atas