Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.rian] | ڤنچارين

Definisi : 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencarian

Peribahasa

Diperluas parak,
     tidak disiangi.

Bermaksud :

Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ranap pertulang, ijuk penebal.Pencarian tambahan selain daripada gaji. ranap pertulang = ranap disangga; ijuk penebal = ijuk untuk penebal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diperluas parak, tidak disiangi.Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkuak pedang, berbelah buluh.Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup dua muara.Hidup dengan dua macam pencarian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sempit lalu, longgar ditokok.Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi duduk daripada cangkung.Besar belanja daripada hasil pencarian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi.Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seligi tajam bertimbal, tak hujung pangkal mengena.Orang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan.Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas