Ranap pertulang, ijuk penebal. | Pencarian tambahan selain daripada gaji. ranap pertulang = ranap disangga; ijuk penebal = ijuk untuk penebal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diperluas parak, tidak disiangi. | Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkuak pedang, berbelah buluh. | Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup dua muara. | Hidup dengan dua macam pencarian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ. | Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sempit lalu, longgar ditokok. | Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi duduk daripada cangkung. | Besar belanja daripada hasil pencarian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi. | Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seligi tajam bertimbal, tak hujung pangkal mengena. | Orang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan. | Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |