Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencemaran air


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENCEMARAN AIR UMUM 
SUNGAI RHINE

Sungai Rhine ialah jalan air pedalaman yang

terpenting di Eropah. Panjang sungai ini lebih

kurang 1320 kilometer dan merupakan saliran air

bagi kawasan yang luasnya lebih kurang 224 600

kilometer persegi. Sungai ini bermula di sebelah

timur Switzerland. Ia membentuk sebahagian

sempadan Switzerland, Liechtenstein, Austria,

Perancis, dan Jerman. Sungai ini mengalir melalui

Jerman dan Belanda dan masuk ke Laut Utara.

Walaupun terdapat beberapa masalah pencemaran

daripada bahan buangan perindustrian,

sebahagian Sungai Rhine ini amat cantik dan

menarik banyak pelancong. Bagi orang Jerman,

Sungai Rhine merupakan lambang sejarah

kebangsaan mereka. Beberapa legenda orang

Jerman berkait dengan sungai ini.

UMUM 
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM 
OZON

Ozon ialah bentuk oksigen yang terdapat dalam

atmosfera bumi dalam jumlah yang kecil. Ozon

yang terdapat di atmosfera atas merupakan faktor

utama yang membolehkan terdapatnya kehidupan

di muka bumi. Tetapi ozon yang terdapat dalam

atmosfera bawah menyumbang kepada

pencemaran udara. Ozon digunakan secara

komersial dalam proses penyulingan air dan

sebagai agen peluntur.

UMUM 

Kembali ke atas