Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén.cén] | ڤينچين

Definisi : (péncén) 1. bayaran tetap bulanan yg dibuat oleh kerajaan atau majikan kpd bekas pekerjanya yg telah bersara: Raja Yi telah diberi ~ yg agak banyak juga; 2. tidak be­kerja lagi tetapi mendapat wang sara: ia sudah terlalu tua utk menghadapi soal baharu ini, barangkali dia akan minta ~; berpencen mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja): jawatan ini tetap dan ~; memencenkan memberhentikan kerja dgn diberi pencen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén.cén] | ڤينچين

Definisi : /péncén/ 1 wang yg diterima pd tiap-tiap bulan sesudah berhenti kerja (kerana telah sampai umur bersara dll): Bapa saya mendapat ~ RM1000.00 tiap-tiap bulan. 2 sudah tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara pd tiap-tiap bulan: Apa rancangan saudara apabila ~ nanti? berpencen mendapat pencen apabila berhenti kerja: Jawatan ini tetap dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
final-average planrancangan purata akhirPentadbiranTiadaRancangan pencen yang menawarkan pencen bergantung kepada gaji purata pada tahun akhir perkhidmatan.
reducing optionopsyen menguranginsuransTiadaOpsyen dalam skim pencen kepada pesara untuk menerima pencen yang lebih rendah imbalan kepada pencen yang lebih tinggi kepada pasangannya apabila pesara meninggal dunia.
reducing optionopsyen mengurangPentadbiran PerniagaanTiadaOpsyen dalam skim pencen kepada pesara untuk menerima pencen yang lebih rendah imbalan kepada pencen yang lebih tinggi kepada pasangannya apabila pesara meninggal dunia.
pension administration planpelan tadbir pencenPentadbiran PerniagaanTiadaPelan pencen yang diunderait untuk kumpulan yang besar dengan sumbangan daripada majikan untuk membentuk satu dana yang diuruskan oleh insurer. Dana ini akan menerima pulangan dan membayar belanja penyelenggaraan. Oleh kerana pelan ini tidak dijamin ataupun mempunyai peruntukan luar jangka maka dana ini perlu diseimbangkan setiap tahun.
last pay pension schemeskim pencen gaji akhirPentadbiranTiadaPengiraan pencen yang berkairan dengan gaji akhir ataupun gaji purata bagi beberapa tahun terakhir.
pension trustamanah pencenPentadbiran PerniagaanTiadaAmanah yang diwujudkan untuk menguruskan sesuatu pelan pencen.
funded pension planpelan pencen terbiayaPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah sistematik yang digunakan oleh insurer untuk menumpukan amaun dana yang akan digunakan untuk memenuhi tuntutan pelan pencen.
pay-as-you-go planpelan bayar sambil laluPentadbiran PerniagaanTiadaIstilah skim pencen, ini digunakan apabila tiada pendanaan atau rizab diwujudkan untuk membayar liabiliti pencen pada masa hadapan. Ini bermakna bahawa caruman daripada ahli yang masih bekerja akan digunakan untuk membayar faedah persaraan kepada ahli yang telah bersara.
combination plan lifepelan gabungan hayatinsuransTiadaDi dalam pengurusan pencen, istilah ini dipakai apabila kontrak insurans hayat digabungkan dengan dana tambahan. Tujuannya ialah untuk menambahkan lagi jumlah wang bagi orang yang akan menerima pencen atau anuiti di masa hadapan.
combination plan lifepelan gabungan hayatPentadbiran PerniagaanTiadaDi dalam pengurusan pencen, istilah ini dipakai apabila kontrak insurans hayat digabungkan dengan dana tambahan, tujuan untuk menambahkan lagi jumlah wang bagi orang yang akan menerima pencen atau anuiti di masa hadapan.
12345678

Kembali ke atas