Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cé.ta/] | ڤنچيتق

Definisi : 1. orang (syarikat perniagaan dll) yg mencetak; 2. orang yg kerjanya mencetak, tukang cetak; 3. alat-alat yg dipakai utk mencetak; ~ warna alat yg boleh mencetak teks, carta, lukisan dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cé.ta/] | ڤنچيتق

Definisi : 1 orang atau syarikat yg mencetak. 2 alat utk mencetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencetak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELZEVIR

Elzevir ialah nama sebuah keluarga pencetak

Belanda yang masyhur. Antara tahun 1583 hingga

tahun 1675, mereka mencetak lebih 5000 buah

buku.

UMUM 
ENSOR, JAMES

Ensor, James (1860–1949), pelukis dan pencetak

Belgium. Dia menghasilkan gambarnya yang

paling penting dari tahun 1880 hingga tahun

1900.

UMUM 
POOR RICHARD'S ALMANAC

Poor Richard’s Almanac ialah sebuah almanak

yang ditulis dan diterbitkan oleh Benjamin Franklin

(lihat Almanak ). Negarawan yang Amerika terkenal

itu mencipta almanak ini pada awal kerjayanya

sebagai pencetak dan penerbit di Philadelphia.

Franklin mengeluarkan almanak ini pada setiap

tahun mulai tahun 1733 hingga tahun 1758.

UMUM 
TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda-tanda tertentu yang

digunakan dalam tulisan dan cetakan untuk

menjelaskan maksud penulis.

Tulisan awal dan cetakan awal mempunyai tanda

untuk menunjukkan tanda baca. Tetapi tanda itu

digunakan mengikut kehendak penulis dan

mengikut tanda yang ada dalam mesin pencetak.

Orang Yunani purba, misalnya, sering

menggunakan koma bertitik untuk menggantikan

tanda tanya moden. Percetakan dan tanda baca

bertambah baik dengan pesat pada tahun 1400-an

dan tahun 1500-an, khususnya di Itali. Dalam

tempoh ini, Aldus Manutius, seorang pencetak dan

penjilid buku Itali, mula menggunakan pelbagai

tanda dengan lebih sistematik. Usahanya

membentuk asas kepada tanda baca yang

digunakan pada hari ini dalam banyak sistem

bahasa bertulis.

UMUM 
ZENGER, JOHN PETER

Zenger, John Peter (1697–1746), mencapai

kemenangan besar yang pertama untuk

kebebasan akhbar di Tanah Jajahan Amerika. Pada

tahun 1733, para pesaing politik gabenor Inggeris,

William Cosby, melantik Zenger sebagai pencetak

New York Weekly Journal.

UMUM 
MUNCHAUSEN, BARON

Munchausen, Baron ialah nama tukang cerita

dan watak utama dalam buku kecil berjudul Baron

Munchausen’s Narrative of His Marvellous Travels

and Campaigns in Russia . Ia mula diterbitkan di

England pada tahun 1785. Jualannya sangat laris

hingga menyebabkan edisi yang lebih tebal

dihasilkan dengan banyak oleh pencetak. Edisi ini

menggunakan cakap besar dan berdegar-degar

yang berlebih-lebihan. Naskhah dalam bahasa

Jerman terbit pada tahun 1786. Pengarang buku ini

ialah Rudolph Erich Raspe (1737–1794), profesor

Jerman yang dibuang negeri dan tinggal di

London.

UMUM 
SAUDARA SINARAN BERHAD

SAUDARA SINARAN BERHAD, penerbit dan pencetak yang ditubuhkan pada tahun 1952.  Saudara Sinaran Berhad (SSB) pada mulanya dikenal sebagai Sinaran Brothers.  Penerbit ini terletak di Kampung Seronok,  Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun 1959, ia telah membeli sebuah percetakan di Lebuh Ah Queen, di pinggir bandar Georgetown.  SSB diusahakan oleh Mansor Sanusi dan Jaldin Sanusi.

SASTERAInstitusi/Organisasi
THE MALAY PRESS

THE MALAY PRESS, pencetak. The Malay Press atau Percetakan Melayu, Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Abdul Ghani Abdullah. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press diterbit dan diedarkan sepenuhnya oleh The Sentosa Store yang juga terletak di Kuala Pilah. Buku-buku dan majalah tersebut diedarkan ke seluruh Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Brunei dan Borneo. Turut juga diedarkan ke wilayah berbahasa Melayu di selatan Thailand dan di beberapa buah negara di Asia Barat di mana terdapat pelajar Melayu menuntut di sana. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press meliputi buku bercorak agama, novel (roman), buku pengetahuan dan pendidikan, dan majalah Juita.

SASTERAInstitusi/Organisasi
SAYID ABUL HASSAN BURHAN

SAYID ABUL HASSAN BURHAN (  ?  -  ?  ), pencetak dan pelopor penerbitan akhbar berbahasa Melayu dan Tamil di Semenanjung Tanah Melayu.  Sayid Abul Hassan adalah seorang India Muslim. Dia dilahirkan di Madras, India.  Ketika berusia dalam lingkungan awal dua puluhan, dia merantau ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Taiping, Perak.  Di bandar inilah dia berkhidmat sebagai guru bahasa Hindustani kepada pegawai-pegawai British dalam perkhidmatan Malay States Guides selama 20 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 

Kembali ke atas