Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cip.ta.an] | ڤنچيڤتاءن

Definisi : perihal (usaha dsb) mencipta(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cip.ta.an] | ڤنچيڤتاءن

Definisi : perbuatan atau hal mencipta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penciptaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah proses peristilahan bahasa Melayu berlaku? Contohnya penciptaan istilah baharu dalam media sosial seperti swafoto, netizen, tular, tanda pagar, emotikon dan sebagainya. Sebelum ini penggunaan perkataan selfie kerap digunakan namun, kini DBP telah mencipta istiah baharu dalam bahasa Melayu iaitu swafoto. Boleh saya tahu bagaimana proses peristilahan ini berlaku berdasarkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu.Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu  bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.Istilah15.10.2020
terjemahan value creation yg tepat ke bahasa melayu.Untuk makna umum, ia boleh diterjemahkan sebagai penciptaan atau pembentukan nilai.Lain-lain28.04.2005
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris 'remaster' (kata kerja) dalam konteks pengeluaran permainan video? Maksud perkataan tersebut ialah satu penciptaan semula suatu permainan video lama menggunakan teknologi baharu (sila lihat contoh Age of Empires: Definitive Edition). Contoh ayat adalah seperti berikut: "The developers were unsure if remastering the game would help boost their business, or worsen the condition." Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "remaster" ialah menambah baik atau mempertingkatkan.Penyemakan dan penterjemahan05.07.2021
Bolehkah saya tahu bagaimana 'ketersauran' menjadi istilah padanan untuk 'feasibility'. Ini ciptaan DBP, seharusnya ada rasional dan etimologinya serta pencipta istilah tersebut.Penciptaan sesuatu istilah oleh DBP melalui pelbagai proses etimologi dan diputuskan oleh pakar-pakar bahasa yang bertauliah.Lain-lain30.04.2019
Saya ingin menggunakan perkataan ini "reinvensi Tradisi" dalam tajuk tesis saya. Perkataan ini saya alihbahasa dari perkataan bahasa Inggeris iaitu "tradition reinvention". Diharapkan pihak tuan dapat mengesahkan jika saya boleh mengunakan perkataan tersebut.Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan kata invention ialah ciptaan atau berkaitan dengan penciptaan. Oleh sebab sdr tidak memberikan  jenis bidang pembelajaran (judul tesis) sdr,  rangkai kata "tradition reinvention" dapat dipadankan secara umum ialah "Tradisi Penciptaan Semula".Istilah23.06.2009
Salam, boleh tuan/puan cadangkan padanan bahasa Melayu bagi "mixologist"? "Mixologist" ialah gelaran bagi seseorang yang pakar dalam mencampur minuman seperti koktel, dan kebiasaannya berkhidmat di bar. Seorang "mixologist" juga arif tentang nama-nama minuman dan sejarah penciptaan minuman. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mixologist' ialah juruadun minuman.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.07.2022
maksud kesenian dan kebudayaanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesenian ialah perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan), manakala kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi), Untuk makna lebih lanjut, saudara boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Makna16.01.2008
Globalisasi pada abad ke-21 jelas mendesak setiap pemimpin melakukan anjakan paradigma dalam tata cara mengurus sesebuah organisasi. Dunia pendidikan turut tidak terkecuali mengalami tempias gelombang arus globalisasi tersebut. Pada dasarnya, kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kewibawaan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengurusan sekolah abad Ke-21 memerlukan guru besar melakukan inovasi untuk memastikan kecemerlangan dan berdaya tahan. Bagi memastikan pengurusan inovasi sekolah terhasil, pengetahuan baru perlu sentiasa dicipta. Penciptaan pengetahuan baru merupakan interaksi antara pengetahuan eksplisit dan pengetahuan tasit yang dimiliki oleh guru besar. Bab ini merumuskan dapatan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina. Perbincangan dapatan berkisar mengenai penggunaan pengetahuan tasit guru besar, penciptaan pengetahuan guru besar, pengurusan inovasi sekolah rendah, dan sumbangan pengetahuan tasit dan penciptaan pengetahuan terhadap pengurusan inovasi sekolah. Bab ini diakhiri dengan mengutarakan beberapa implikasi kajian bagi cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan.Sila jelaskan pertanyaan puan.Lain-lain21.12.2014
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) "Software Localization" merujuk kepada proses menyesuaikan produk perisian untuk memenuhi keperluan bahasa, kebudayaan dan teknikal sesuatu pasaran. Bolehkah "Penyetempatan Perisian" dan/atau "Penyesuaian Tempat Perisian" diterima sebagai terjemahan "Software Localization"? 2) "Transcreation" merujuk kepada proses kreatif yang mengadaptasikan sesuatu mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain, sambil mengekalkan niat, gaya, nada dan konteksnya. Proses ini merangkumi terjemahan serta "penciptaan semula" (Translation & Re-creation). Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Transcreation" (jika ada)? Sekali lagi, terima kasih.Untuk makluman, istilah software Localization dan Transcreation tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, pihak kami mencadangkan terjemahan bagi software Localization ialah Penyetempatan perisian dan terjemahan bagi Transcreation ialah penciptaan semula terjemahan. 


Penyemakan dan penterjemahan02.05.2019
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi).Makna05.04.2011
12

Kembali ke atas