Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum­nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatan

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sesal dulu pendapatan,
     sesal kemudian tiada berguna.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam penyata kewangan, mana satu istilah yang sesuai untuk digunakan ya? 1. Lain-lain pendapatan 2. Pendapatan-pendapatan lainSalam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah Pendapatan lain. Lain dalam maksud ayat tersebut sudah membawa maksud pendapatan daripada sumber yang berbeza. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu.Tatabahasa06.04.2020
pendapatan lumayan” “pendapatan tinggi”...adakah kedua-kedua ini betul?Ayat pendapatan lumayan ini betul dari aspek tatabahasanya, manakala ayat yang betul untuk pendapatan tinggi ialah berpendapatan tinggiLain-lain07.10.2020
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"?
Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

menjana منجان 
kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab
menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan
idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana;
 
Lain-lain10.06.2021
Apakah maksud "pendapatan faktor bersih dari luar negeri" dari segi ekonomi?

Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara pendapatan faktor yang diterima daripada luar negara dengan nilai pembayaran ke luar negara.

Lain-lain13.06.2022
'Antara faedahnya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara.' Adakah penggunaan kata pemeri ialah di atas tepat? Adakah frasa dapat meningkatkan pendapatan negara boleh berfungsi sebagai frasa nama?

Antara faedahnya termasuklah dapat meningkatkan pendapatan negara...’ ialah ayat yang betul.

Tatabahasa10.02.2015
Definisi cukai.Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi.Makna08.05.2014
Bagaimanakah caranya menulis angka di dalam sebuah ayat bagi penyediaan laporan. Contohnya : Analisis terhadap Penyata Pendapatan mendapati empat (4) daripada lapan (8) penyata mencatatkan surplus pendapatan. Perlukah diletakkan kurungan ( ) atau memadai dengan menulis angka sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan/puanSalam sejahtera,

Puan,

Cara penulisan nombor seperti yang puan nyatakan betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dengan angka.

Sekian, terima kasih.
Ejaan19.01.2018
Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan di dalam kalangan para petani. Yang mana salah.

Ayat yang betul ialah “Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan para petani”. (Gugurkan di dalam kalangan).

Tatabahasa23.02.2014
Bolehkah saya menggugurkan perkataan tahun dalam ayat atau ketika membuat perbandingan tahun. Contohnya: Pendapatan pelancong antarabangsa pada (tahun) 2014 adalah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada (tahun) 2013. Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Pendapatan pelancong antarabangsa pada tahun 2014 ialah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013.Tatabahasa13.06.2016
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih.1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek  (dengan hasil jualan tersebut) - predikat
2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat
Tatabahasa18.04.2013
1234567

Kembali ke atas