Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.bu.nga.an] | ڤندبوڠاءن

Definisi : (Bio) pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.bu.nga.an] | ڤندبوڠاءن

Definisi : pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma) dlm proses persenyawaan; proses (perbuatan) mendebungakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendebungaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pollinationpendebungaanPertanianAgronomi

Pemindahan debunga dari anter ke stigma untuk membolehkan persenyawaan.  Proses pendebungaan yang lengkap akan menentukan hasil yang tinggi. Pendebungaan boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pendebungaan semula jadi, dan pendebungaan berbantu. Pendebungaan semula jadi dilakukan oleh agen pendebungaan, manakala pendebungaan berbantu melibatkan bantuan manusia. Contohnya, alat pendebunga digunakan dalam pendebungaan berbantu kelapa sawit.

pollinating agentagen pendebungaanPertanianAgronomi

Agen seperti serangga, burung, kelawar, angin dan air yang  memindahkan debunga dari anter ke stigma untuk melaksanakan pendebungaan. Proses pendebungaan berlaku kerana agen pendebungaan jenis haiwan memerlukan makanan daripada bunga, dan secara tidak langsung debunga akan melekat pada badan agen pendebungaan berkenaan. Proses pendebungaan melalui angin atau air pula berlaku secara semula jadi. Agen pendebungaan kadangkala dibawa masuk dari luar untuk meningkatkan hasil tanaman. Contohnya, kumbang Elaeidobius kamerunicus dari Afrika dibawa masuk ke Malaysia untuk membantu pendebungaan di ladang-ladang kelapa sawit.

Breeding systemSistem pembiakbakaanPertanianAgronomi

Cara melaksanakan pembiakbakaan yang mengambil kira kaedah pembiakan sesuatu tanaman, contohnya sama ada tanaman itu membiak secara pendebungaan silang atau secara pendebungaan sendiri. Tanaman pendebungaan silang seperti jagung, umpamanya akan menggunakan sistem pembiakbakaan untuk menghasilkan hibrid, iaitu kacukan antara dua induknya yang berbeza genotipnya. Manakala sistem pembiakbakaan jenis tanaman pendebungaan sendiri ialah dengan kacukan berulang sesama sendiri kacukan silang telah dilakukan.

assisted pollinationpendebungaan berbantuPertanianAgroteknologiProses pendebungaan yang melibatkan manusia bagi tujuan meningkatkan hasil tanaman. Contohnya, butir-butir debunga dikutip dan disembur kepada bunga betina secara manual, yang dilakukan pada tanaman kelapa sawit dan jagung. Pendebungaan berbantu juga boleh dilakukan dengan menggunakan jenis serangga tertentu. Contohnya, penggunaan serangga yang dikenali sebagai Elaedobius komerunicus, yang dibawa masuk ke Malaysia dari negara Cameroon, sangat bermanfaat dalam meningkatkan kadar pendebungaan kelapa sawit dan seterusnya meningkatkan penghasilannya.
self-pollinationpendebungaan sendiriPertanianAgronomi

 Proses pendebungaan yang berlaku apabila debunga daripada satu bunga mendebunga stigma bunga yang sama. Stamen bunga berhubung dengan stigma yang melekit dan proses pendebungaan berlaku. 

PollinationPendebungaanPertanianTiadaProses percantuman di antara debunga dengan stigma yang lazimnya berlaku pada tumbuhan dalam spesies yang sama. Proses ini bertujuan untuk persenyawaan bagi menghasilkan biji benih. Agen pendebungaan termasuk serangga, burung, haiwan, air dan udara.
pollinationpendebungaanHerbaBotani dan BioteknologiProses pemindahan debunga kepada stigma, yang biasanya berlaku pada tumbuhan dalam spesies yang sama. Proses ini bertujuan untuk persenyawaan bagi menghasilkan biji benih. Agen pendebungaan termasuk serangga, burung, haiwan, air dan udara.
pollinating agentagen pendebungaanBiologiEkologiOrganisma hidup, seperti kumbang dan kelawar, atau faktor bukan hidup, seperti angin dan air yang terlibat dalam pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga semasa pendebungaan.
artificial pollinationpendebungaan buatanPertanianAgronomi

Pemindahan debunga daripada stamen kepada stigma yang dilakukan oleh manusia dan bukan secara semula jadi dengan perantaraan serangga atau angin. Proses ini dilakukan untuk membuat kacukan terpilih bagi menghasilkan baka yang diingini oleh seorang pembiak baik tanaman.  Kadangkala, pendebungaan buatan dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan agen pendebunga.

beneficial insectserangga bermanfaatPertanianAgroteknologiSerangga yang boleh memberi manfaat dalam aktiviti pertanian seperti serangga yang menjadi agen pendebungaan dan serangga pemusnah musuh tanaman. Contohnya, lebah dan kumbang adalah serangga bermanafaat untuk pendebungaan. Serangga seperti kumbang kekura (Epilachna indica) pula ialah salah satu serangga yang memusnahkan perosak tanaman seperti afid. Selain itu, serangga lain seperti semut hitam (Dolichoderus thoracicus) pula berfungsi untuk mengawal koya-koya, iaitu serangga perosak pada buah koko.
1234567

Kembali ke atas