Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : /péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
festinationfestinasiPerubatanTiadaKecenderungan bergerak dengan langkah yang pendek-pendek dan cepat secara luar kawal, seperti pesakit Parkinson.
festinationfestinasiPerubatanTiadaKecenderungan bergerak dengan langkah yang pendek-pendek dan cepat secara luar kawal, seperti yang terjadi kepada pesakit Parkinson. Keadaan ini disebabkan kurangnya penyelarasan pergerakan otot.
rambu pendekrambu pendekKesenianTiadaRambu yang dipotong pendek, lazimnya diikat di atas rambu panjang.
Keris Pandak/ PendekKeris Pandak/ PendekKerisTiadaKeris Jenis Sumatera yang mempunyai mata yang pendek.
cotton lintershampas kapas pendek (PEM.MAN)SosiologiTiadaHampas kapas pendek: Serat kapas yang pendek yang melekat pada biji kapas dan menjadi sumber selulosa dalam penghasilan sesetengah rayon.
parang pendekparang pendekKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk menarah dan membelah rotan besar.
short interest theoryteori kepentingan pendekPentadbiran PerniagaanTiadaTeori yang berasaskan kepentingan pendek sesuatu sekuriti yang menyatakan bahawa semakin banyak kedudukan pendek sesuatu sekuriti semakin besar kemungkinan harganya akan naik. Ini disebabkan oleh penutupan yang perlu dilakukan bagi kedudukan pendek akan menambah permintaan yang menyebabkan harga naik.
short cross-court drivepukul lintang pendekSukanTiadaPukulan pendek di depan gelanggang, dalam keadaan bola melantun melintang sebelum sampai ke garis pendek.
tandem repeatsulangan tandemSains ForensikTiadaUnit ulangan bagi jujukan DNA yang sama dan disusun secara berturut-turut dalam kromosom. Contohnya, dalam jujukan ATCGATCGATCGATCG, jujukan pendek ATCG diulang sebanyak empat kali. Dalam pengujian forensik DNA yang berdasarkan ulangan tandem pendek, jujukan pendek ini biasanya terdiri dari 2 hingga 7 nukleotida.
short wave fade outperedaman gelombang pendekMeteorologiMeteorologi PerhubunganPeredaman secara tiba-tiba penerimaan gelombang radio pendek semasa kilau suria berlaku. Peredaman ini berlaku disebabkan oleh gelombang radio pendek tersebut yang dipantulkan oleh lapisan F mengalami penyerapan yang berlebihan di dalam lapisan D yang disinari matahari.
12345678910...

Kembali ke atas