Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natural yeartahun biasaMatematikTiadaTempoh satu edaran bumi mengelilingi matahari bagi ekuinoks musim luruh, iaitu kira-kira 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat, dan berkurangan kira-kira 0.00530 setiap tahun dan lebih pendek 20 minit daripada tahun sidereus. Astronomical year, solar year.
solar yeartahun suriaMatematikTiadaTempoh satu edaran bumi mengelilingi matahari yang dikaitkan dengan ekuinoks musim bunga. Tahun ini kira-kira 20 minit lebih pendek daripada tahun sidereus dan berkurangan sebanyak 0.00530 saat setiap tahun. Astronomical year, equinoctial year, tropical year.
short-wave radiationsinaran gelombang pendekSainsHidrometeorologiSinaran dalam bahagian spektrum elektromagnet nampak dan hampir nampak (berkepanjangan gelombang kira-kira 0.4-1.0 ).
ephemeralefemeralBiologiEkologiTumbuhan yang menamatkan kitar hidupnya dalam jangka masa yang pendek, misalnya Burmannia coelestis Don daripada famili Burmaniaceae yang mempunyai kitar hidup selama kira-kira tiga bulan sahaja. Spesies ini tumbuh di kawasan lapang yang berumput dan hanya boleh ditemui semasa berbunga, selama beberapa minggu sahaja.
Al Velorum Stars/RR starsbintang Al Velorum/bintang RRMatematikTiadaKumpulan bintang denyut berubah yang dahulunya dikelaskan sebagai bintang RR Lyrae tetapi sekarang ini sudah dibuktikan bahawa bintang ini mempunyai luminositi yang lebih rendah di samping mempunyai kala yang lebih pendek, iaitu kira-kira 1.3 hingga 5 jam.
alley croppingpenanaman lorongPertanianAgroteknologiSistem penanaman yang menempatkan dua atau lebih jenis tanaman dalam satu kawasan secara serentak. Tanaman utama terdiri daripada tanaman saka atau jangka panjang seperti durian, rambutan, getah dan kelapa sawit. Tanaman saka mengambil masa kira-kira 3 hingga 5 tahun untuk mengeluarkan hasilnya. Dalam sistem penanaman lorong, tanaman jangka pendek seperti jagung, ubi keledek, ubi kayu dan pisang ditanam di antara barisan tanaman utama itu. Kaedah ini dapat memberi hasil jangka pendek kepada pengusaha sambil menunggu pokok utama mengeluarkan hasil.
shear wavegelombang ricihTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang bergerak berserenjang dengan arah gelombang merambat. Dalam gelombang ricih, zarah berayun pada sudut yang melintang kepada arahan itu. Gelombang ini melibatkan pergerakan zarah mericih atau merentasi arah perambatan pada sudut tegak. Kelajuan gelombang ini kira-kira setengah lebih perlahan daripada gelombang membujur. Oleh sebab kelajuannya yang lebih perlahan, gelombang ricih mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek berbanding gelombang membujur pada frekuensi yang sama. Gelombang ricih hanya boleh bergerak dalam bahan pepejal. Sinonim gelombang melintang.
watershed managementpengurusan legehPerhutananPengurusan HutanPelan tindakan sama ada jangka panjang atau pendek yang mengambil kira kerja atau aktiviti yang berkaitan dengan kawasan legeh.
adaptive modekaedah boleh suaiPengurusanPerancanganPendekatan sesebuah syarikat untuk memastikan penyesuaian kepada perkembangan dan pembangunan jangka panjang dibuat dengan mengambil kira hasil keputusan jangka pendek. Tindakan penyesuaian mungkin diperlukan apabila keputusan jangka pendek dipengaruhi oleh faktor persekitaran luar jangkaan semasa perancangan jangka panjang dilakukan. Contohnya, syarikat menangguhkan penerokaan pasaran baharu disebabkan oleh kegagalan memperkenalkan satu produk baharu.
liquidity rationisbah kecairanPengurusanPerancanganKaedah utama analisis nisbah kewangan yang mengukur keupayaan organisasi dalam menjelaskan hutang (liabiliti) jangka pendek. Nisbah kecairan digunakan untuk menilai prestasi penyata kewangan sesebuah syarikat dari aspek kemampuan syarikat untuk menggunakan aset sedia ada bagi melunaskan hutang semasa. Terdapat dua jenis nisbah kecairan, iaitu nisbah semasa dan nisbah cepat. Nisbah semasa mengukur kecairan aset berbanding dengan tanggungan hutang, manakala nisbah cepat mengambil kira faktor inventori yang tidak termasuk sebagai aset semasa. Pengiraan untuk kedua-dua nisbah ini adalah seperti yang berikut: Nisbah semasa = Aset semasa/Liabiliti semasa Nisbah cepat = (Aset semasa � Inventori)/Liabiliti semasa Lihat juga nisbah kewangan.
12

Kembali ke atas