Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.ka.tan] | ڤندکتن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) men­de­kati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.ka.tan] | ڤندکتن

Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendekatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka.

Ayat yang betul ialah:

1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar.

2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277.

4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia.

5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Tatabahasa17.02.2011
apakah tatabahasa struktural?Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna.Tatabahasa27.07.2006
Salam sejahtera Tuan, Penterjemahan: 1. multidisciplinary approach - pendekatan multidisiplin 2. interdisciplinary approach - pendekatan interdisiplin atau antaradisiplin 3. intradisciplinary approach - pendekatan intradisiplin 4. transdisciplinary approach - pendekatan transdisiplin Saya tidak pasti dengan istilah Bahasa Melayu yang digunakan dalam nombor 2,3 dan 4. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi perktaan tersebut ialah:
1. multidisciplinary approach - pendekatan pelbagai disiplin
2. interdisciplinary approach - pendekatan antara disiplin
3. intradisciplinary approach - pendekatan intradisiplin
4. transdisciplinary approach - pendekatan transdisiplin 
Makna11.11.2020
Pendekatan motivasi dalam meningkatkan kehidupan beragama Islam dalam kalangan remaja Islam di maktab Zon Tengah perlu dikaji. Soalan saya, perkataan Zon Tengah wajar ditulis dengan huruf besar? Arau memadai dengan menulis zon tengah?Ditulis dengan hurf kecil, kecuali penggunaan perkataan tersebut merujuk kepada nama khas seperti  Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur.
Lain-lain28.02.2018
Salam Tuan / Puan Saya ingin bertanya, adakah istilah "pendekatan berdaya saing asas" atau "pendekatan asas yang berdaya saing" dapat digunakan untuk diterjamahkan daripada " there are two basic competitive approach" Terima kasih di atas panduan dan oertolongan yang pihak tuan berikan.Pada pandangan kami, frasa yang lebih tepat ialah "pendekatan asas yang berdaya saing".Tatabahasa20.07.2015
Apakah yang dimaksudkan degan pendekatan proses dalam penulisan karanganTidak ada maklumat tentang pendekatan proses dalam pangkalan data kami. Pertanyaan berkaitan mata pelajaran di sekolah, lebih baik merujuk terus kepada guru di sekolah, kecuali soalan berkaitan tatabahasa.Lain-lain07.09.2015
Saya sedang mengkaji tentang pendekatan pengajaran dari barat iaitu Dalcroze Eurhythmics. Bolehkah saya tukar nama pendekatan tersebut dalam Bahasa Melayu sebagai Euritmik Dalcroze?Dalcroze Eurhythmics diberikan padanan Euritmik Dalcroze atau Dalcroze Method (Kaedah Dalcroze). Dalam bidang kesenian, euritmik ialah sistem latihan muzik untuk memahami ritma melalui gerak anggota yang dibangunkan oleh Émile Jaques-Dalcroze. Istilah23.10.2018
Assalamualaikum, Apakah penggunaan yang tepat bagi frasa berikut? 1. Pendekatan Non Kontrastif ATAU 2. Pendekatan Non-kontrastif Sekian, terima kasih.Istilah dan ejaan yang diterima pakai ialah tidak kontrastif, non- dalam bahasa Melayu ialah tanpa atau tidak.Ejaan18.04.2014
maksud evolusi pengurusan dan maksud pendekatan saintifikEvolusi pengurusan bermakna perubahan atau perkembangan yang berlaku dalam kaedah mengurus. Manakala pendekatan saintifik ialah kaedah/cara/langkah-langkah yang dijalankan menurut kaedah/prinsip sains.Makna08.10.2006
As salam, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bahasa Inggeris multimodality .... apakah istilah yang tepat dalam bahasa Melayu? Adakah multimodal? multimodaliti? atau kepelbagaian modal? 2) Apakah perbezaan antara teori dan pendekatan? Terdapat pengkaji yang menggunakan teori dalam tajuk mereka dan ada yang menggunakan pendekatan. Mohon pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Istilah yang betul dan tepat dalam bahasa Melayu bagi padanan perkataan multimodality ialah multimodal dan kepelbagaian modal, kedua-duanya boleh digunakan. 

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, teori bermaksud pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll ; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: Manakala pendekatan pula bermaksud  perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan;2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): Oleh itu, berdasarkan maksud yang diberikan dalam kamus, penggunaan perkataan teori lebih kepada untuk menerangkan atau menjelaskan pendapat atau prinsip  yang menjadi dasar sesuatu pengetahuan, manakala  perkataan pendekatan pula untuk menerangkan kaedah atau langkah-langkah untuk melaksanakan tugas. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan seharusnya kedua-dua perkataan ini digunakan dalam membuat kertas kajian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan hanya salah satu perkataan ini juga bergantung pada format di universiti.
Penyemakan dan penterjemahan21.10.2018
1234567

Kembali ke atas