Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.ka.tan] | ڤندکتن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) men­de­kati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.ka.tan] | ڤندکتن

Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendekatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REVIVALISME

Revivalisme merupakan pendekatan terhadap

agama yang menekankan pengalaman keagamaan

seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali

dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan

penuh emosi.

UMUM 
EMPIRISISME

Empirisisme ialah pendekatan falsafah yang

menyatakan bahawa pengalaman ialah sumber

pengetahuan yang penting. Ia menjadi falsafah

bagi kebanyakan ahli sains.

UMUM 
ANALISISKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
ANALISIS JEPITKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
ALIRAN PROSESKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
KUBISME

Kubisme ialah gerakan yang paling berpengaruh

dalam sejarah seni lukis moden. Kubis

memperkenalkan pendekatan baru yang radikal

untuk menggambarkan bentuk dan ruang. Mereka

merevolusikan lukisan dan seni lukis lain pada

tahun 1900-an.

UMUM 
MENTESSORI, MARIA

Mentessori, Maria (1870–1952) ialah pendidik

dan doktor Itali. Dia mencipta suatu sistem

pendidikan bagi membantu kanak-kanak dalam

perkembangan kecerdasan dan berdikari.

Pendekatan pendidikannya dikenali sebagai

kaedah Montessori (lihat Kaedah Montessori).

Sekolah Montessori terdapat di seluruh dunia.

UMUM 
KENNETH YEANG, DATO'

Kenneth Yeang, Dato’ (1948-   ), arkitek Malaysia yang terkenal dengan seni bina yang menggunakan pendekatan bioklimatologi dalam reka bentuk yang berunsurkan seni bina tropika. 

KEJURUTERAANTokoh
SANUSIYYAH, KERAJAAN

Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah

gerakan pembaharuan yang bermetodologikan

tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah

ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat

Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi

al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan

gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik

yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu,

tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari

para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini

kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy

yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia

mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah )

sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh

pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak

penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang

demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari

Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman

yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa pendapat yang cuba

menghuraikan perpindahan ini.

UMUM 
K-EKONOMI

K-ekonomi (Knowledge Economy) atau ekonomi berasaskan pengetahuan ialah pendekatan yang menggunakan pengetahuan dan maklumat untuk meningkatkan kegiatan ekonomi seperti pengeluaran barangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D).

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
12

Kembali ke atas