Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.nga.ran] | ڤندڠرن

Definisi : 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.nga.ran] | ڤندڠرن

Definisi : 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendengaran

Peribahasa

Ukur mata dengan telinga.

Bermaksud :

Menurut penglihatan dan pendengaran.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT PENDENGARAN

Alat pendengaran ialah sejenis peranti yang

dapat mempertingkat daya pendengaran.

Ramai orang yang mengalami kecacatan

pendengaran bergantung pada peranti ini.

UMUM 
TELINGA

Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita

mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria

yang sangat penting. Pendengaran membolehkan

kita berhubung antara satu sama lain melalui

pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri

amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak

belajar bercakap dengan cara mendengar

dan kemudiannya meniru percakapan orang lain.

UMUM 
AUDIOLOGI

Audiologi ialah profesion yang tertumpu pada

pengesanan dan rawatan masalah pendengaran.

Ahli audiologi menentukan sama ada seseorang

mempunyai masalah kurang pendengaran atau

tidak. Mereka juga mengukur kesan kehilangan

pendengaran separa atau keseluruhan berdasarkan

kebolehan pesakit berkomunikasi.

UMUM 
ANJING PANDU

Anjing pandu ialah anjing yang dilatih khas untuk

memandu orang buta atau untuk menyedarkan

orang rosak pendengaran terhadap bunyi yang

penting. Anjing yang memandu orang buta

dinamakan anjing pandu atau anjing melihat, dan

anjing yang membantu orang rosak pendengaran

dinamakan anjing mendengar atau anjing telinga

mendengar.

UMUM 
TELEPATI

Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau

pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang

yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa

seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau

sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai

pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati

boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan

sesuatu yang khusus dan orang lain dapat

menyatakan atau menulisnya dengan tepat.

Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati,

perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh

diterangkan dengan cara yang lain.

UMUM 
KLAIRVOYANS

Klairvoyans ialah kesedaran terhadap kejadian,

objek, atau manusia tanpa menggunakan deria

pendengaran, penglihatan, bau, rasa atau sentuhan.

UMUM 
ALAT SAINTIFIK

Alat saintifik ialah alat untuk mempelajari

tentang dunia. Segala-gala   diketahui

tentang persekitaran kita melalui deria seperti

pendengaran, penglihatan dan bau. Bagi

kebanyakan tujuan, deria kita melakukan tugas

dengan baik untuk memberitahu kita apa yang

berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita memerlukan

bantuan daripada alat saintifik untuk mengetahui

seperti apa yang berlaku di angkasa atau dalam

suatu atom.

UMUM 
DERIA

Deria ialah cara haiwan bersel banyak

memberitahu apa yang berlaku dalam

persekitarannya. Ramai orang menyangka

bahawa manusia hanya mempunyai lima deria

pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan

sentuhan. Tetapi terdapat  jenis deria lain

yang memberi maklumat tentang kedudukan dan

pergerakan tubuh dan tentang keperluannya. Deria

ini termasuk keseimbangan, rasa lapar, kesakitan,

dan rasa dahaga.

UMUM 
REALITI MAYA

Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi,

artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai

alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi

deria manusia – terutamanya deria penglihatan dan

pendengaran – untuk mencipta perasaan seolah-olah

berada di dalam dunia janaan komputer.

UMUM 
DARWAZAH, MUHAMMAD ‘IZZAH

Darwazah, Muhammad ‘Izzah (1306 –1404

H/1888–1984 M) ialah sasterawan dan ahli sejarah

yang berasal dari Palestin. Dia lahir di bandar

Napies di Palestin. Dia mendapat pendidikan di

Palestin dan memegang banyak jawatan penting

seperti Pengarah Hal-Ehwal Islam Palestin.

Darwazah menyertai gerakan nasionalisme di

Palestin. Dia kehilangan pendengaran pada tahun

1352 H, menyebabkan dia hanya menumpukan

perhatian terhadap bidang pembacaan dan

penulisan. Dia menghasilkan lebih daripada

50 buah buku dalam pelbagai bidang ilmu

pengetahuan terutamanya dalam bidang pengajian

al-Qur’an dan sejarah.

UMUM 
12

Kembali ke atas