Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.di/] | ڤنديديق

Definisi : orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.di/] | ڤنديديق

Definisi : orang yg mendidik; guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendidik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TOLKIEN, JRAhli linguistik, pendidik dan novelis terkemuka dalam genre fantasi dewasa.SASTERATokoh
MOHD YUSUF AHMAD, DATOpentadbir, pendidik, penulis dan pejuang kebangsaan dalam penulisan dan pendidikan.BAHASATokoh
MENTESSORI, MARIA

Mentessori, Maria (1870–1952) ialah pendidik

dan doktor Itali. Dia mencipta suatu sistem

pendidikan bagi membantu kanak-kanak dalam

perkembangan kecerdasan dan berdikari.

Pendekatan pendidikannya dikenali sebagai

kaedah Montessori (lihat Kaedah Montessori).

Sekolah Montessori terdapat di seluruh dunia.

UMUM 
SILLIMAN BENJAMIN

Silliman Benjamin (1779–1864) ialah pendidik

dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang

mengasaskan American Journal of Science pada

tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan

rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang.

Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang

geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20

tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan

menyunting buku teks kimia dan geologi.

UMUM 
ARISTOTLE

Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik,

dan ahli sains Yunani yang merupakan salah

seorang ahli fikir yang paling agung dan paling

berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle

mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau

purba yang paling terpelajar dan paling berilmu.

Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan

pembangunan pemikiran Yunani sebelum

zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle

mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik,

dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi

intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan

gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua

orang ahli falsafah Yunani purba yang paling

penting.

UMUM 
ORFF, CARL

Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan

pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya

utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya

menggabungkan muzik instrumental, nyanyian,

dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan

persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu

yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat.

Dia menggunakan peralatan perkusi untuk

menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga.

Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman

Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa

yang dinyanyikan secara serentak.

UMUM 
NEVINS, ALLAN

Nevins, Allan (1890–1971), ahli sejarah dan

pendidik Amerika Syarikat yang dua kali

dianugerahi Hadiah Pulitzer dalam bidang biografi.

Grover Cleveland: A Study in Courage memenangi

hadiah ini pada tahun 1933, dan Hamilton Fish: The

Inner History of the Grant Administration pada

tahun 1937.

UMUM 
PLATO

Plato (427?–347? S.M.) ialah ahli falsafah dan

pendidik Yunani purba. Dia dikenali sebagai salah

seorang ahli fikir dan penulis terkemuka dalam

sejarah budaya Barat.

UMUM 
PUPIN, MICHAEL IDVORSKY

Pupin, Michael Idvorsky (1858–1935) ialah

jurutera elektrik, pendidik, dan pereka cipta

Serbia-Amerika.

UMUM 
DEWEY, JOHN

Dewey, John (1859–1952) ialah ahli falsafah dan

pendidik Amerika. Dia salah seorang ahli falsafah

pertama yang dipengaruhi oleh psikologi dan

teori evolusi yang diutarakan oleh ahli alamiah

Inggeris, Charles Darwin.

UMUM 
12345

Kembali ke atas