Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.di.kan]/[pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.di.kan]/[pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : perihal atau perbuatan mendidik: ~ anak-anak cacat memerlukan kesabaran dan kesungguhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendidikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, apakah yangh dimaksudkan dengan Pendidikan Islam merentas Pendidikan Sivik?Merentas bermaksud mencakup atau merangkumi. Pendidikan Islam merentas Pendidikam Sivik boleh membawa maksud kurikulum pendidikan Islam merangkumi pendidikan sivik kerana dalamnya terdapat eleman kebaikan dan nilai-nilai murni.Makna26.11.2022
Assalamualaikum, saya mahu minta penjelasan berkaitan istilah korupsi pendidikan. Adakah perkataan korupsi pendidikan boleh membawa erti kesalahan dalam sektor pendidikan seperti masalah etika keguruan, rasuah dalam pendidikan dan lain-lain isu yang berkaitan dalam pendidikan yang boleh memperlahankan perkembangan pendidikan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Korupsi bermaksud amalan atau perbuatan yang salah atau tidak amanah (seperti pecah amanah, menerima rasuah, dan lain-lain). Istilah korupsi pendidikan merujuk korupsi dalam bidang pendidikan yang mempunyai takrifan yang khusus.Makna01.05.2021
falsafah pendidikan negara,sistem pendidikan di malaysia pada zaman pra-british,sistem pendidikan sekolah agama,pendidikan perguruan pada era pra-british sehingga kini.Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membuat rujukan dan pembacaan di perpustakaan di tempat saudara atau merujuk buku atau makalah tentang perkara teresebut.  Lain-lain16.11.2008
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan

Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 

7.  Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.

Lain-lain08.11.2011
Salam, saya nak tanya tentang visi ini "SK Sibu Laut Gemilang Terbilang seantero aspek pendidikan" betul atau tidak penggunaan perkataan seantero digunakan pada ayat ini? adakah maksudnya perkataan tersebut tidak salah?Seantero bermaksud seluruh atau segenap. Pada pandangan kami isunya di sini bukanlah perkataan seantero tetapi frasa seantero aspek pendidikan. Pendidikan bermaksud perihal mendidik apabila di digabungkan perkataan seantero aspek pendidikan bermaksud segenap hal mendidik. Oleh itu, kami cadangkan tuan mencari perkataan lain yang sesuai digandingkan perkataan seantero seperti seantero Sibu.Tatabahasa05.01.2013
"dari aspek pendidikan" atau "daripada aspek pendidikan"Frasa yang betul ialah dari aspek pendidikan.Sastera06.05.2011
Salam, Adakah wujud perkataan "siswa pendidik"? Bolehkah ianya digunakan dalam konteks pelajar di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia?Perkataan "siswa pendidik" tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar di Institut Pendidikan Guru atau mana-mana institusi pendidikan.Lain-lain09.07.2020
Saya seorang pelajar yang menulis tentang Pendidikan Islam. saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf kecil dan besar dalam perkataan pendidikan islam dalam ayat-ayat berikut : 1. Pusat-pusat pendidikan islam 2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan islam.Penggunaan huruf yang betul:
1. Pusat-pusat pendidikan Islam   
2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan Islam
Ejaan19.07.2018
ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5

Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit.

Lain-lain06.07.2009
Penamaan Program - Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak IslamikDiploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Islam) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara IslamIstilah09.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas