Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.rian] | ڤنديرين

Definisi : 1. pegangan (bkn fahaman, pen­dapat, dll) utk menimbang atau menilai se­suatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pem­bangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6. ark lembaga, per­badanan, pertubuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.rian] | ڤنديرين

Definisi : 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendirian

Peribahasa

Ditolak tak tumbang.

Bermaksud :

Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political platformpendirian politikUndang-undangTiadaTiada
position paperkertas pendirianPentadbiranTiadaDokumen bertulis yang menerangkan atau mengesyorkan tindakan tertentu.
attitudesikapPerubatanTiadaPendirian atau reaksi seseorang pada sesuatu keadaan tertentu, yang dipengaruhi oleh nilai sosial dan pengalamannya
neutralismneutralismeSains PolitikPolitik PerbandinganPendirian berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersengketa atau bersaing. Fahaman ini menekankan kedudukan bersahabat dengan semua pihak dan tidak menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana pihak tertentu. Fahaman ini dikembangkan oleh Monroe yang lebih dikenali sebagai Doktrin Monreo dalam dasar luar Amerika Syarikat semasa beliau menjadi presiden negara tersebut. Contohnya, Malaysia berpegang kepada faham berkecuali dalam persaingan antara blok timur dan barat semasa Perang Dingin dahulu. Sinonim faham neutral/faham berkecuali.
policy storycerita dasarKomunikasiTiadaCerita yang menunjukkan pendirian syarikat akhbar terhadap sesuatu isu.
group opinionpendapat kelompokKomunikasiTiadaPernyataan sikap dan pendirian secara lisan mengenai sesuatu isu oleh anggota-anggota kelompok sehingga menjadi satu ketetapan bagi kelompok berkenaan.
argumenthujahKesusasteraanPuisiPembuktian kebenaran gagasan, pendapat atau pendirian peribadi yang bertujuan untuk meyakinkan khalayak.
adversary partypihak lawanSains PolitikTiadaPihak yang mempunyai pendirian, pandangan atau dasar yang bertentangan.
battle of the booksperang bukuKesusasteraanTiadaSikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu.
come backgiat semulaSejarahTiadaKembali semula kepada keadaan, kedudukan, pendirian atau pegangan awal yang telah ditinggalkan.
12345

Kembali ke atas