Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.rang] | ڤنرڠ

Definisi : sesuatu yg menerangi (menerang­kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.rang] | ڤنرڠ

Definisi : sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
fungsi kata sifat sebagai penerang dalam bahasa melayu

1.    1.    Kata sifat berfungsi sebagai penerang kata nama atau penerang kepada kata kerja. Kata sifat yang berfungsi sebagai penerang sama ada sebagai penerang nama atau penerang kerja lazimnya hadir selepas kata nama inti atau selepas kata kerja inti, kecuali kata sifat dalam subgolongan kecepatan atau kuantiti (contohnya, cepat menangis, kuat beribadah) yang hanya boleh hadir sebelum kata kerja inti apabila berfungsi sebagai penerang.

2.   Seterusnya, kata sifat juga berfungsi sebagai penerang kerja dengan kata sifat yang berfungsi sebagai predikat. Contohnya, 

Ayat 1-Beliau/cepat menangis apabila tinggi sahaja suara bapanya.

Ayat 2-Beliau/kuat beribadah dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam dengan penuh keyakinan.

Berdasarkan kepada ayat (1) dan (2) di atas, kata sifat cepat dan kuat hadir dalam predikat. Walau bagaimanapun dalam ayat ini, kata sifat berfungsi sebagai penerang dan tidak sebagai predikat kerana kata sifat tersebut boleh digugurkan, manakala kata kerja yang bertindak sebagai kata inti tidak boleh digugurkan.

Terdapat beberapa lagi maklumat berkenaan fungsi kata sifat sebagai penerang. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan atau  rujukan kajian linguistik lain yang lebih terperinci berkenaan persoalan ini.

 

Tatabahasa12.12.2020
maksud inti frasaMaksud inti dalam konteks binaan frasa nama mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Misalnya dalam frasa nama 'bapa budak itu', intinya ialah bapa, sementara 'budak' dan 'itu' ialah penerang-penerang yang menerangkan 'bapa'. Sila rujuk Kamus Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Makna04.10.2007
Wujudkah perbezaan antara kata keterangan dengan inti penerang? Adakah boleh disamakan antara adverb(Bahasa Inggeris) dengan kata keterangan/penerang?Terdapat perbezaan antara kata keterangan adverb. Untuk memahaminya lihat fungsi setiap kelas kata dan contoh ayat yang diberikan. kata keterangan berfungsi menghubungkan keterangan pada klausa utama, contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Kata adverb ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi acara, masa dan tempat, contohnya: Kami selalu memperkatakan hal itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan halaman 253 dan 289.Tatabahasa22.06.2011
Tuan, Salam Sejahtera, Saya anak Malaysia yang kini belajar di Beijing pada peringkat falsafah kedoktoran mengenai Bahasa & Linguistik. Tajuk thesis PhD saya ialah"Perbandingan struktur 'Inti-Penerang' dlm BM & BC". Soalan saya: 1 Adakah buku tatabahasa Melayu mrngenai struktur 'Inti-Penerang' dijual di DBP? 2. Bagaimanakah saya akses sumber karya Melayu kuno dan klasik di DBP? 3. Bagaimanakah saya dapatkan bantuan Munsyi bahasa DBP sekiranya saya mempunyai pertanyaan?Apakah prosedurnya? Ribuan terima kasih! Salam dari Beijing Ng Chwee Fang chweefang@yahoo.com

Kami tidak menemukan sebarang maklumat tentang terbitan atau kajian tajuk Perbandingan Struktur Inti Penerang dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sama ada dalam sumber rujukan kami, juga melalui carian di Internet. Beberapa kertas kerja seminar pula menghasilkan kajian tatabahasa bahasa Mandarin secara am, tidak ada yang memberikan tumpuan khusus kepada tajuk Inti Penerang. Kami mencadangkan tuan menghubungi Puan Aminah Awang Besar, Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP melalui talian 03-21479676 atau e-mel aminah1@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa12.12.2015
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan DigeruniDBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.myMakna16.01.2017
Frasa 'seluar dalam' itu adalah kata majmuk atau frasa nama(inti + penerang)Seluar dalam ialah frasa nama.Tatabahasa01.04.2013
Assalamualaikum, Mana satukah ayat yang betul untuk sekolah rendah. 1. Kereta itu ada empat tayar 2. Kereta itu ada tayar empat Mohon pencerahan daripada pakar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah ayat 1.: Kereta itu ada empat tayar.  Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan, maka penerang demikian boleh mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama seperti:  empat tayar
             sekawan burung
              tiga helai sapu tangan
              semua pasukan
Lain-lain13.05.2016
berjauta-juta ialah kata kerja atau kata apa? tqBerjuta-juta merupakan kata bilangan yang menjadi penerang pada frasa nama yang hadir sebelum frasa tersebut.Tatabahasa01.08.2013
salam..saya ingin bertanya Kata Bilangan + Kata Nama akan menghasilkan bentuk tunggal atau jamak?Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Tatabahasa12.01.2011
Bagaimana untuk mengatasi masalah penggunaan kata bilangan yang tidak betul mengikut ayat yang hendak dibina?Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Oleh itu, untuk menguasai penggunaan kata bilangan rujuk buku tatabahasa atau makalah yang berkaitan serta memperbanyakkan latihan membina ayat dengan menggunakan kata bilangan.Tatabahasa04.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas