Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ra.ngan] | ڤنرڠن

Definisi : 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ra.ngan] | ڤنرڠن

Definisi : hal atau perbuatan menerangkan sesuatu.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara ayat majmuk yang berikut, manakah betul. 1a. Kok Ming mendengar penerangan itu sambil mencatat penerangan itu di dalam buku. 1b. Kok Ming mendengar sambil mencatat penerangan itu di dalam buku. Bolehkah ayat 1b diterima? 2a. Pak Hassan suka makan buah dabai dan buah engkalak. 2b. Pak Hassan suka makan buah dabai dan engkalak. Yang manakah betul, dan penjelasannya. 3a. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi Sarawak. 3b. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak. 3c. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi berasal dari Sarawak. Yang manakah betul? Sekian, terima kasih..
Yang berikut ialah ayat yang betul dan penjelasannya.
1. Kok Ming mendengar penerangan itu sambil mencatat di dalam buku.
Dalam ayat ini, kata hubung "sambil" menunjukkan dua perkara dilakukan dalam satu masa.
2. Pak Hassan suka makan buah debai dan buah engkalak.
Dalam ayat ini, kata hubung "dan" menunjukkan dua hal yang disukai, dan perlu diletakkan penjodoh bilangan "buah".
3. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi Sarawak.
Dalam ayat ini, kata hubung "tetapi" menjelaskan penafian ayat yang pertama.
Tatabahasa11.03.2014
penerangan berkaitan jenis-jenis ayat majmuk beserta contoh

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat ini disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Berdasarkan cara ayat majmuk itu dibentuk, terdapat tiga jenis ayat majmuk yang utama iaitu:

(1) Ayat majmuk gabungan, iaitu dua ayat atau lebih dijadikan satu ayat dengan cara menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, lalu lagi, serta dan sebagainya. Contoh ayat: “Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.”

(2) Ayat majmuk pancangan terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama, iaitu terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut. Ada tiga jenis ayat pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan relatif: “Saya membeli baju yang berwarna merah.” Ayat “baju itu berwarna merah” dipancangkan ke dalam ayat induk “Saya membeli baju.” Oleh sebab ungkapan “baju” diulang, maka “baju” yang kedua digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang.

(3) Ayat majmuk campuran pula mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat majmuk dan deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat jenis ini biasanya panjang,  contohnya: “Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 18 Ayat Majmuk (hlm. 497-523).

Tatabahasa11.01.2022
PENERANGAN MENGENAI KATA GANTI NAMA HUBUNGAN SERTA DENGAN CONTOH UNTUK MEMBERI PENJELASANUntuk makluman tuan, Tatabahasa Dewan membahagiakan kata ganti nama kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama hubungan diperkenalkan oleh Arbak Othman bersama-sama empat jenis lagi kata ganti nama. Kata ganti nama hubungan ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam rangkaikata atau ayat. Walau pun bagaimanapun tidak ada huraian terperinci tentang jenis kata ganti nama tersebut.Tatabahasa13.11.2012
penerangan mengenai pola keselarasan huruf vokal?

Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa13.02.2010
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya.Lain-lain31.01.2010
Penerangan ringkas atau definisi bahasa sastera.Bahasa yang digunakan dalam bidang sastera.Lain-lain21.02.2009
PENERANGAN MENGENAI KATA NAMA TUNGGAL, KATA KERJA TUNGGAL, PENUTUR MELAYU SERTA SEJARAH DAN STRUKTUR BAHASA MALAYSIAPerkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal, sama ada kata nama seperti cat atau kata kerja seperti lap. Ungkapan yang betul ialah penutur bahasa Melayu iaitu orang yang menuturkan atau menggunakan bahasa Melayu sebagai kelaziman. Untuk maklumat tentang sejarah dan struktur bahasa Malaysia sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih.Makna05.11.2008
penerangan sumber manusiaSumber manusia dalam konteks organisasi merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam organisasi.Mereka ada peranan masing-masing yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi. Lain-lain23.01.2008
Penerangan tentang Fonem SuprasegmentalFonem suprasegmental merupakan salah satu daripada tiga Huruf Fonetik Antarabangsa yang dicipta oleh pakar bahasa dengan tujuan menawarkan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dlm mana-mana bahasa pertuturan. Fonem Suprasegmental yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton dan penekanan.Tatabahasa06.12.2007
penerangan mengenai laras bahasa melayu dalam mata pelajaran kemahiran hidupLaras bahasa Melayu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup bermakna penggunaan bahasa Melayu yang sesuai dengan bidang berkenaan yang banyak menggunakan istilah khusus dan ayat jenis arahan dan keterangan.Lain-lain12.03.2007
12345678910...

Kembali ke atas