Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ra.pan] | ڤنرڤن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) mene­rapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentad­biran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ra.pan] | ڤنرڤن

Definisi : 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan me­­ne­rapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran?

Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian).


Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan  mempraktikkan.


Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran.

Tatabahasa10.04.2013
apa maksud penerapan menurut kamus dewanMakna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan.Makna04.10.2009
makna perkataan rekayasaRekayasa bermaksud penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu.Istilah05.01.2009
Saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan: analisa perbandingan (penerapan / pemantafaatan) ilmu fonetik antara Asmah Haji Omar(Nahu melayu mutakhir) dengan Tatabahasa Dewan (DBP). Perincian lebih kepada ilmu fonetik sahaja.Pertanyaan tuan memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci.  Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk mendapatkan maklumat tersebut. Tatabahasa09.06.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan linguistik terapan?Linguistik terapan ialah cabang linguistik yang berkaitan dengan penerapan prakti­kal kajian bahasa seperti linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik.Makna14.11.2016
saya ingin mengetahui makna perkataan "perkayasaan"Tiada perkataan perkayasaan tetapi perekayasaan yang bermaksud proses merekayasa. Rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu.Makna01.03.2007
mohon pertanyaan bagi maksud perkataan dan penggunaan ayat yang betul bagi perkataan Perekayasaan.

Rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja sebagai asas melaksanakan sesuatu. Perekayasaan yang bermaksud proses menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, sebagai  asas melaksanakan sesuatu, contoh ayat DBP akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui perekayasaan bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan.

Istilah25.08.2014
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south – pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others’ shoes – memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement – Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation – penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life – syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man – insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (“Great man” di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan

2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik

3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik

4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 

5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik

6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 

7. literary creation: penciptaan karya sastera 

8. conditions for life: keadaan kehidupan

9. great man: insan hebat/insan unggul 



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna30.07.2021
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011
Saya masih kurang jelas dengan erti perkataan 'rekayasa' dan tidak yakin untuk menggunakannya takut-takut berlaku "malapropism". Harap pihak tuan dapat memberikan beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan rekayasa.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta.Makna16.06.2009
12

Kembali ke atas