Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ner.bi.tan] | ڤنربيتن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ner.bi.tan] | ڤنربيتن

Definisi : 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consumer magazinemajalah penggunaKomunikasiKorporatPenerbitan berkala yang ditujukan kepada pengguna barangan atau perkhidmatan. Penerbitan ini boleh bersifat khusus atau umum. Penerbitan khusus biasanya mengandungi maklumat yang membantu pengguna dalam membentuk tingkah laku pembelian dan penggunaan barangan atau perkhidmatan secara bermanfaat. Penerbitan jenis ini biasanya diterbitkan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berfungsi untuk menjaga kepentingan pengguna. Penerbitan majalah pengguna yang bersifat khusus ini kadangkala diedarkan percuma kepada khalayak. Contohnya, penerbitan yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna dan persatuan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Penerbitan majalah yang bersifat umum pula mengandungi pelbagai maklumat, seperti politik, ekonomi, sosial, kekeluargaan, dan pendidikan, di samping maklumat tentang barangan dan perkhidmatan yang membantu pengguna dalam membuat keputusan pembelian. Pengedaran majalah jenis ini dikenakan bayaran.
current selective bibliographybibliografi terpilih kiniPerpustakaanTiadaTeknik menyediakan senarai penerbitan yang bersifat informatif dalam kategori tertentu melalui perkhidmatan bibliografi semasa yang berasaskan pada resensi penerbitan, ciri penerbitan dan ciri-ciri biasa yang lain seperti isi kandungan yang melibatkan bentuk, subjek dan nilai serta penyebarannya termasuklah lokasi bahan.
crop topangkasKomunikasiTiadaProses memotong bahagian yang tidak diperlukan untuk keperluan penerbitan. Dalam penerbitan filem atau televisyen, proses ini menggunakan bingkai atau topeng untuk menutup bahagian yang tidak diperlukan.
debt security publicationpenerbitan sekuriti hutangEkonomiEkonomi IslamProses penerbitan instrumen berteraskan hutang dengan operasi yang berlandaskan syariah Islam. Setiap penerbitan akan menjadi tanggungan kepada pengeluar yang terdiri daripada syarikat atau kerajaan. Syarikat akan menerbitkan hutang ini untuk mendapatkan dana modal dan memperbaik kecairan, manakala bagi kerajaan pula, penerbitan sekuriti ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan. Syarikat yang ingin menerbitkan sekuriti hutang perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti seperti keperluan minimum dana pemegang saham syarikat, tujuan penerbitan dan prospektus syarikat.
secondary publicationpenerbitan sampinganPendidikanTiada1. Penerbitan bahan untuk meluaskan pasaran penerbitan bahan yang diterbitkan terdahulu.
specimen copynaskhah contohKomunikasiKorporatSebarang bentuk hasil karya yang digunakan sebagai contoh penerbitan atau cetakan untuk dinilai sebelum cetakan dan penerbitan akhir diluluskan. Naskhah ini juga digunakan sebagai contoh bagi mewakili penerbitan atau cetakan sebenar. Naskhah contoh diperlukan bagi tujuan penilaian akhir mutu penerbitan sebelum cetakan akhir dilakukan atau sebelum diedarkan. Selain itu, naskhah contoh juga digunakan sebagai bahan peragaan dan hadiah. Naskhah contoh turut diperlukan untuk penilaian kesesuaian penggunaannya sebelum cetakan tambahan dilakukan bagi memenuhi permintaan khalayak. Kerja penilaian dan penggunaan naskhah ini biasanya diselaraskan oleh bahagian perhubungan korporat atau perhubungan awam. Penerbitan dan pengedaran bahan ini terkawal dan ditanda sebagai naskhah contoh.
wait orderiklan tunggu masaKomunikasiKorporatKaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan bagi memenuhi sesuatu strategi syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini, penyiaran atau penerbitan iklan tidak dilakukan sehingga mendapat kebenaran untuk meneruskan atau menghentikan penerbitan atau penyiaran nya. Kaedah ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kemungkinan utama, Pertama, sekiranya syarikat ingin membuat penjenamaan semula syarikat dan barangannya, sedangkan iklan tersebut telah disediakan lebih awal, maka penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan perlu ditangguhkan sehingga pihak syarikat mendapat sesuatu ketetapan berkaitan dengan strategi pengiklanan syarikat. Jenis ketetapan boleh dalam bentuk mengubah suai iklan yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan semasa atau membatalkan penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan. Kedua, sekiranya syarikat berada dalam keadaan bermasalah, maka kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan sedemikian akan dilakukan.
computer aided publishingpenerbitan bantuan komputerTeknologi MaklumatTiadaPenerbitan yang menggunakan perisian komputer untuk memudahkan betungan teks dan grafik dalam persekitaran penerbitan.
minimum depthkedalaman minimumKomunikasiKorporatUkuran saiz iklan terkecil yang ditetapkan oleh pihak media cetak. Pada Kebiasaannya, pihak media cetak akan mengenakan syarat pembelian ruang terkecil dalam sesuatu penerbitan. Setiap penerbitan mempunyai ukuran kedalaman minimum masing-masing yang perlu diketahui oleh pihak agensi pengiklanan dan pengiklan. Saiz terkecil yang biasa digunakan adalah tidak kurang daripada 2.54 cm tinggi bagi satu lajur. Sekiranya pihak agensi pengiklanan ingin membeli lapan lajur ruang iklan, maka mereka perlu menempah lapan kali ganda ketinggian ruang iklan yang bersamaan dengan 20.32 cm tinggi ruang. Oleh itu, kedalaman minimum akan membantu perancang pengiklanan untuk menyediakan bahan dan juga kos yang sesuai dalam strategi pengiklanan yang ingin dilaksanakan.
opening signaturetanda pengenalanKomunikasiKorporatBahagian awal sesuatu penerbitan yang digunakan sebagai alat untuk memperkenalkan sesuatu rancangan radio, televisyen, dan video korporat. Bahagian ini dipersembahkan dalam bentuk audiovisual untuk penerbitan televisyen dan video korporat, manakala untuk rancangan radio,dipersembahkan dalam bentuk audio sahaja. Dalam penerbitan rancangan radio dan televisyen, proses penerbitan tanda pengenalan ini sangat strategik kerana berfungsi untuk menangkap perhatian khalayak, dan pada masa yang sama perlu menonjolkan identiti rancangan. Bagi penerbitan video korporat, tanda pengenalan perlu untuk menonjolkan identiti, falsafah, dan citra organisasi. Tanda pengenalan di persembahkan melalui gabungan pelbagai medium menggunakan aplikasi multimedia.
12345678910...

Kembali ke atas