Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ri.ma] | ڤنريما

Definisi : 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ri.ma] | ڤنريما

Definisi : orang atau alat yg menerima sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
surat rasmi kepada penerima adalah perempuan. betul atau salah - membuat surat memanggil TUAN, sedangkan penerima adalah wanita. terima kasihJika penerima surat ialah seorang wanita dan merupakan ketua organisasi (belum mendapat gelaran), boleh menggunakan sapaan tuan. Dalam situasi lain, jika penerima telah dikenal pasti seorang wanita maka sapaan yang tepat ialah puan.Tatabahasa15.08.2016
APAKAH FORMAT YANG BETUL DALAM PENULISAN SURAT RASMI SEKIRANYA ALAMAT PENERIMA ADALAH BANYAK? SEKIAN, TERIMA KASIH.Sekiranya surat yang dihantar kepada penerima tuan/puan boleh membuat seperti lampiran dan senaraikan alamat penerima di halaman akhir surat.Lain-lain31.12.2007
salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai (Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan) dalam penulisan surat rasmi- iaitu penggunaan Tuan/ Puan. Sekiranya jantina penerima surat adalah perempuan, apakah panggilan hormat yang sesuai dan harus untuk digunakan? Sekirannya " Tuan" adalah panggilan hormat yang sesuai adakah menjadi satu kesalahan jika saya menggunakan panggilan hormat "Puan" dalam penulisan surat rasmi yang ditujukan kepada seorang penerima perempuan?Kata sapaan 'puan' boleh digunakan pada permulaan surat sekiranya pengirim  sedia maklum penerima surat ialah seorang wanita. Kata sapaan 'tuan' digunakan atas nama jawatan sekiranya pengirim tidak mengetahui jantina penerima surat.  Lain-lain22.03.2019
Untuk penulisan surat rasmi, adakah kata panggilan "tuan" boleh digunakan untuk merujuk kepada semua penerima surat, sama ada lelaki atau perempuan?Jika tidak diketahui penerima surat itu sama ada lelaki atau perempuan, maka hendaklah ditulis dengan tuan, tetapi jika penerima surat itu diketahui seorang perempuan, maka hendaklah ditulis dengan puan.Tatabahasa18.07.2011
surat rasmi: Penerima adalah perempuan. Surat yang ditujukan adakah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’? Mohon penjelasan.Sapaan yang sesuai ialah PuanEjaan11.01.2021
surat rasmi:  Penerima adalah perempuan.  Surat yang ditujukan adakah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’? Mohon penjelasan.Sapaan yang betul ialah PuanTatabahasa11.01.2021
Assalamualaikum, Tuan, saya ingin mengetahui panggilan yang sesuai untuk digunakan dalam surat penghargaan kepada lelaki dan perempuan. Bolehkah saya menggunakan panggilan 'Tuan' untuk kedua-dua jantina penerima atau saya perlu gunakan 'Tuan' untuk merujuk kepada penerima lelaki dan 'Puan' untuk merujuk kepada penerima perempuan? Sekian, terima kasih.

Sapaan yang betul ialah tuan bagi lelaki dan puan bagi perempuan. Walau bagaimanpun jika penerimanya ramai dan terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka hendaklah ditulis tuan/puan.

Tatabahasa13.06.2011
Asslamualaikum, Saya ingin bertanya tentang amalan DBP untuk gelaran penerima yang ramai dalam surat rasmi. Jika penerima surat itu ada gelaran Dr. dan beberapa penjawat awam yang lain, apakah kata sapaan permulaan surat yang digunakan? 1. YBrs. Dr./Tuan/Puan 2. Tuan/Puan 3. Tuan Yang mana satu menjadi amalan DBP atau yang seharusnya digunakan dala surat rasmi?Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Yang Berbahagia digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan wakil rakyat.Lain-lain28.02.2020
kata sapaan surat rasmi jika penerima adalah perempuan dan pemegang ijazah doktor falsafah, adakah Dr. , Puan, atau Tuan?Kata sapaan yang digunakan untuk penerima ijazah doktor falsafah ialah "YBrs. Dr."Lain-lain01.03.2024
Mohon pencerahan berkenaan dengan penggunaan kata setakat dan sehingga, yang manakah betul? "Bilangan penerima bantuan setakat 30 April 2015" atau "bilangan penerima bantuan sehingga 30 April 2015?" Terima kasih.Setakat dan sehingga membawa maksud yang sama, iaitu sampai ke had.Tatabahasa13.05.2015
12345678910...

Kembali ke atas