Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ri.ma] | ڤنريما

Definisi : 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ri.ma] | ڤنريما

Definisi : orang atau alat yg menerima sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
MUHAMMAD HAJI SALLEH

Muhammad Haji Salleh (1942– ) ialah penyair

Malaysia yang menerima Anugerah Sastera Negara

pada tahun 1991 dan bergelar Sasterawan Negara,

penerima anugerah S.E.A. Write Award pada tahun

1988, penerima Hadiah Kebudayaan Australia untuk

Seniman Asia pada tahun 1975, dan menerima

beberapa kali hadiah puisi pada peringkat

kebangsaan.

UMUM 
STATIK

Statik ialah istilah bagi gangguan pada penerima

radio atau televisyen, yang biasanya disebabkan

oleh elektrik atmosfera. Statik boleh berlaku dalam

bentuk bunyi geresek dan berkeriut yang didengar

di radio dan titik-titik putih yang dilihat pada

gambar televisyen.

UMUM 
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM 
NOEL-BAKER, LORD

Noel-Baker, Lord (1889–1982), Baron Noel-Baker

of Derby, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada

tahun 1959 kerana usahanya dalam pelucutan

senjata di peringkat antarabangsa. Dia bertugas di

konvensyen keamanan Paris pada tahun 1919 dan

konvensyen pelucutan senjata Geneva pada tahun

1932, dan membantu dalam mendraf Piagam

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun

1924. Dia memegang jawatan dalam kerajaan Buruh

pada tahun 1945 hingga tahun 1951. Dia menjadi

bangsawan pada tahun 1977. Philip John Baker lahir

di London.

UMUM 
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 
MIKROFON

Mikrofon ialah sejenis peranti yang menukar

bunyi menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini

bergerak dengan segera melalui wayar atau

gelombang radio kepada penerima yang

disambungkan kepada satu pembesar suara atau alat

lain yang menukarkannya semula kepada bunyi.

Mikrofon yang sering kali dikenali sebagai ‘mike’ juga

digunakan untuk merakam bunyi.

UMUM 
MEIER, RICHARD

Meier, Richard (1934-   ) ialah penerima anugerah Pritzker Architecture Prize yang paling muda.

KEJURUTERAANTokoh
KING, MARTIN LUTHER, JR

King, Martin Luther, Jr. (1929–1968) ialah

paderi Baptis kulit hitam Amerika dan merupakan

pemimpin utama pergerakan hak awam di Amerika

Syarikat pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an.

Dia merupakan penerima Hadiah Nobel bagi Keamanan

kerana memimpin demonstrasi hak awam tanpa

kekerasan.

UMUM 
CANTUMAN P-N

Cantuman  p-n, kawasan pertemuan dua jenis semikonduktor, iaitu jenis n dan jenis p. Kebanyakan peralatan semikonduktor menggunakan cantuman di antara semikonduktor jenis n, iaitu penderma dan semikonduktor jenis p, yang bertindak sebagai penerima.

FIZIKAlat/Alatan
12

Kembali ke atas