Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ri.ma.an] | ڤنريماءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, penghargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tang­gapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEKOMUNIKASI

Telekomunikasi ialah penghantaran dan

penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat

yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera,

lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang

paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai

jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik

yang digunakan di seluruh dunia. Sistem

telekomunikasi moden menghantar dan menerima

bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat

dalam sekelip mata.

UMUM 
GAS MASAMGas yang masih mengandungi gas hidrogen sulfida (H2S) dalam kuantiti yang melebihi had penerimaan industriKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS MANISGas yang masih mengandungi gas hidrogen sulfida (H2S) dalam kuantiti yang melebihi had penerimaan industriKEJURUTERAANKonsep
AMBIVALENS

Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi

perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang

diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi.

Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk

cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta

penguasaan dan penyerahan.

UMUM 
SHORAN

Shoran (kependekan bagi short range navigation)

ialah sistem elektronik yang digunakan untuk

pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang

menggunakan shoran menghantar isyarat radio

ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula

isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan.

Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara

penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran

mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa

tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II

oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri

swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah.

UMUM 
IJAB DAN QABUL

Ijab dan Qabul, menawar dan menerima. Penawaran dan penerimaan perlu dilafazkan untuk menjadikannya suatu akad.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas