Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngai.ran] | ڤڠاءيرن

Definisi : perihal (usaha dsb) mengairi (kawasan pertanian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngai.ran] | ڤڠاءيرن

Definisi : perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengairan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menyemak penggunaan koma pada ayat ini. Membina dan Menaik Taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran ke Sawah Sg. Balang, Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Mohon maklumbalas tuan.
Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul.
Lain-lain06.04.2017
salam. Saya ingin menyemak kata nama khas untuk jabatan. (penggunaan 'dan' dalam kata nama khas itu) contohnya Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia. 'D" dalam perkataan Dan itu sepatutnya ditulis dalam huruh besar atau kecil? sekian, terima kasih.Huruf "d" bagi "dan" hendaklah ditulis dengan huruf kecil kerana "dan" dalam konteks ini merupakan penghubung.Tatabahasa10.07.2009
Jadi, "mengairi sawah padi" adalah betul dan "mengairkan sawah padi" adalah salah?Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, ‘mengairi’ bermakna mengalirkan air ke; membubuh air pada; menggenangi (sawah). Contoh ayat: Mereka menggunakan terusan pengairan untuk mengairi sawah. Tatabahasa01.05.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan fertigasi? Sebab saya cari di carian umum tetapi tiada dalam rekod. Adakah ejaan saya salah?Menurut daripada istilah pertanian, ejaan yang betul ialah fertigasi yang bermaksud sayuran atau buah-buahan yang melibatkan pengairan titis, yang digabungkan dengan pemberian nutrien bersama-sama air yang dibekalkan kepada tanaman. Tanaman ini menggunakan pasu dengan media yang boleh menyimpan air seperti sabut kelapa atau gambut.Ejaan11.05.2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah maksud yang tepat bagi frasa ini? Konteks adalah berkenaan langkah pencegahan bencana banjir. "Flood/Inundation Mesh Model" - Model Jaringan Banjir/Pembanjiran - Model Jaringan Banjir/Limpahan - Model Mesh Banjir/Limpahan

Berdasarkan rujukan kami, perkataan flood dan inundation mempunyai makna yang hampir sama. Dalam data kami terdapat istilah inundation yang dipadankan dengan pembanjiran. Pembanjiran bermaksud; 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya yang digunakan dalam bidang geografi.

Sehubungan itu, cadangan kami bagi perkataan Flood/Inundation Mesh Model ialah Model Jaringan Pembanjiran jika bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018

Kembali ke atas