Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngai.ran] | ڤڠاءيرن

Definisi : perihal (usaha dsb) mengairi (kawasan pertanian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngai.ran] | ڤڠاءيرن

Definisi : perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengairan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
irrigation systemsistem pengairanPertanianAgroteknologiKaedah dan pengurusan bagi membekalkan air ke kawasan tanaman secara komersial dengan jumlah yang mencukupi untuk pertumbuhan tanaman. Kaedah pengairan digunakan merangkumi alat pengairan seperti pengairan pemercik, pengairan banjir, pengairan titis dan fertigasi.
automatic irrigationpengairan automatikLandskapTiadaSistem pengairan yang dikawal secara automatik. Contohnya, sistem pengairan di padang golf.
drip irrigation/trickle irrigationpengairan titisPertanianAgroteknologiKaedah pengairan tanaman yang membiarkan air menitis perlahan-lahan daripada saluran atau paip berlubang. Air dititiskan sama ada di atas permukaan tanah atau di dalam tanah berhampiran kawasan perakaran. Kaedah ini menggunakan rangkaian saluran paip, injap dan pemancar. Kaedah ini menjimatkan penggunaan air berbanding dengan kaedah pengairan yang lain. Kaedah ini juga tidak memerlukan pam air kerana tekanan graviti adalah memadai untuk menggerakkan air dari tangki ke kawasan sasaran.
waste water irrigationpengairan sisa airPertanianAgroteknologiPenggunaan air kumbahan yang tidak dirawat sebagai sumber pengairan tanaman. Air kumbahan mengandungi banyak nutrien yang boleh digunakan oleh tanaman selain daripada membekalkan keperluan air. Pada prinsipnya, sisa air boleh digunakan sebagai sumber air tanaman jika dapat dipastikan bahawa sisa air itu tidak mengandungi bahan toksik seperti bahan kimia yang dilupus oleh kilang-kilang ke saliran air. Analisis sisa air perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dapat digunakan untuk pengairan tanaman. Rawatan tertentu perlu dilakukan sekiranya terdapat bahan toksik atau kandungan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
wateringpengairanKejuruteraan AutomotifTiadaPengairan: Proses memasukkan badan kereta dalam takungan yang mengandungi larutan kimia untuk mengeluarkan kotoran dan minyak.
subirrigationpengairan subpermukaanPertanianTiadaKaedah pengairan dengan air ditambah melalui parit atau jubin hingga muka air cukup tinggi untuk membasahi tanah.
drip irrigationpengairan titisPertanianTiadaPengairan secara perlahan melalui lubang-lubang kecil pada tiub atau paip.
sprinkler irrigationpengairan renjisPertanianTiadaKaedah pengairan dengan air di sembur kepada permukaan tanah melalui muncung yang dikawal oleh satu sistem tekanan.
corrugation irrigationpengairan alunPertanianTiadaKaedah pengairan melalui alur-alur pembajakan yang kecil, rapat dan bergred bagi menentukan limpahan air ke sisi alur.
furrow irrigationpengairan alurPertanianTiadaKaedah pengairan tanaman berbaris melalui parit yang selari dengan batas tanaman yang biasanya terbina oleh jentera pemugaran.
12345678910...

Kembali ke atas